Nov 29, 2016 - 5066

#Lofattah Buat Netizen Tertanya, Betulkah WUJUD CINTA Luar Set yang Sengaja disembunyikan? Ehem!

Penangan drama #SuriHatiMrPilot sudah lama berakhir, namun keakraban pelokan utama masih menjadi bualan netizen. Apakah Neelofa dan Fattah Amin cuba sembunyikan sesuatu daripada kita semua?

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

Sumber foto:

 

PASTINYA ramai tertanya-tanya adakah mereka ini betul-betul bercinta atau hanya untuk mempromosi sahaja? Namun semua itu menjadi tanda tanya apabila Neelofa secara tidak sengaja terpanggil Nabil Ahmad dengan panggilan ‘Baby’ dalam rancangan MeleTOP yang bersiaran secara ‘live’. Adakah panggilan itu untuk Fattah Amin (kalau betul Lofa pernah memanggilnya begitu semasa berdua-duaan) atau dia tersasul sahaja? 

 

Malah kontroversi berpanjangan lagi, apabila ada sumber terbaru yang mengatakan Neelofa dan Fattah sudah saling membahasakan diri dengan panggilan ‘SAYANG’. Bukan itu sahaja, lebih menjadi tanda tanya lagi apabila gambar Neelofa menemani Fattah Amin bermain futsal merebak di media sosial.

Menerusi momen yang sempat dirakam dalam ‘Insta Stories’ oleh teman rapat Lofa itu, memaparkan aksi Neelofa menghulurkan air kepada Fattah yang kelihatan kepenatan bermain futsal. Agaknya perbuatan Lofa itu sekadar membantu sebagai kawan? Atau mengambil berat kerana sayang? 

 

Selain gosip-gosip itu, terbaru adalah aksi Fattah Amin memegang tangan Neelofa sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Malah, foto yang merakam aksi mereka berdua ini telah menjadi ‘viral’ di media sosial, namun ia mengundang komen negatif para netizen.

Walau bagaimanapun, Fattah menjelaskan bahawa dia terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin melindungi Neelofa daripada diserbu peminat. Mungkin sebagai seorang lelaki yang ‘macho’ dan ‘sado’, Fattah rasa terpanggil untuk melindungi Neelofa daripada diganggu. 

 

Apa-apa pun, peminat Neelofa dan Fattah Amin pastinya mengharapkan hubungan mereka ini lebih daripada seorang kawan. Kita hanya mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan Fattah. Semoga mereka tidak hanya berjodohan dalam drama bersiri. Harap-harap dua insan cantik sama padan bagai pinang dibelah dua ini, menjadi pasangan serasi di dunia nyata.

 

10 Foto & Video Bukti #Lofattah Memang Serasi di Luar Set Drama, Ehem! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Wajah Suami Lufya Omar disamakan Dengan Barbie Ken, Anda Setuju?

  • Seterus →

    8 Sebab Mengapa Park Bo Gum Buat Peminat Wanita di Malaysia Tidak Lena Tidur