Dec 15, 2016 - 2895

8 Sebab Mengapa Park Bo Gum Buat Peminat Wanita di Malaysia Tidak Lena Tidur

Penangan drama Korea terus mencetus fenomena, apabila pelakon popular drama Love in the Moonlight, Pak Bo Gum membuat siri jelajahnya di Kuala Lumpur.

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

Kredit Foto: Social Up & IME Malaysia

 

 

Baru-baru ini, kedatangan pelakon terkenal Korea Selatan, Park Bo Gum telah menggegar Malaysia. Kedatangannya di Kuala Lumpur adalah sesi bertemu peminat bersempena 2016-2017 Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur: Oh Happy Day.

Malaysia adalah negara pertama yang disinggah untuk siri jelajah. Malah, kedatangan pelakon popular drama 'Reply 1988' dan 'Love in the Moonlight'  di sambut lebih 500 peminat setianya di KLIA. Ternyata peminat di Malaysia ternanti-nanti kedatangan Park Bo Gum

 

 

Kredit Foto: Social Up & IME Malaysia

 

 

Ini adalah kali pertama Bo Gum jejak kaki ke Malaysia, dia mula suka akan negara Malaysia dan bercadang mahu membawa keluarganya melancong di sini2016-2017 Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur: Oh Happy Day bersama peminat berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KlCC) pada 12 Disember.

Malah, tiket konsert Bo Gum laris dijual selepas tiga hari dilancarkan. Ternyata pada malam tersebut, menjadi satu sejarah baru buat Bo Gum apabila kehadiran peminat seramai lebih 3,000 membanjiri dewan tersebut. 

 

 

 

 

Bo gum berjaya menghiburkan peminat selama dua jam dengan pelbagai gelagat Bo Gum dengan beberapa permainan yang disediakan oleh penganjur. Dewan menjadi lebih panas apabila Bo Gum bermain permainan ‘BINGO’.

Salah satunya, Bo Gum perlu menari tarian 'BOOMBASTIC’ dalam drama 'Love in the Moonlight'. Apabila muzik bergema Bo Gum terus menari malah dewan menjadi gamat dengan pekikan peminatnya. 

 

 

Kredit Foto: Social Up & IME Malaysia

 

 

Selain itu, Bo Gum juga menghiburkan peminat dengan menyanyi sambil mempamerkan kebolehannya bermain piano. Lebih istimewa, Bo Gum bijak menyentuh jiwa peminatnya dengan melafazkan kata-kata ‘Sayang, aku cinta padamu’ dalam Bahasa Melayu, ia menjadi hangat apabila peminat menjerit apabila mendengar kata-kata istimewa dari Bo Gum. Malah Bo Gum juga, dilihat menggaykan Baju Melayu khas untuk permintaan daripada peminatnya. 

 

 

 

 

Keikhlasan Bo Gum dapat di rasai, apabila Bo Gum menyediakan juadah Korea untuk peminat bertuah dalam bekas makanan yang turut ditandatanganinya dan ucapan terima kasih.

Di akhir pertemuan bersama peminat, suasana dewan bertukar menjadi beremosi apabila Bo Gum membaca surat khas buat peminat di Malaysia dalam bahasa Korea yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Ketika itu, Bo Gum sebak kerana tidak menyangka mempunyai ramai peminat di Malaysia. Malah peminat turut menitiskan air mata apabila mendengar ucapan darinya.  

 

 

Kredit Foto: Social Up & IME Malaysia

 

 

Penghujung konsert jelajahnya, Bo Gum menyanyikan lagu balada dari OST drama Love in the Moonlight, My Dearest, malah peminat turut menyanyikan bersama-sama. Ternyata sayangnya akan peminat di Malaysia, Bo Gum tunggu peminat keluar di luar dewan kerana mahu melambai selamat tinggal kepada peminatnya dengan lebih dekat. Peminat dihadiahkan dengan sehelai poster dan surat ucapan terima kasih dari Park Bo Gum. 

 

 

Kredit Foto: Social Up & IME Malaysia

 

 

Konsert 2016-2017 Park Bo Gum Asia Tour In Kuala Lumpur dianjurkan Sosial Up bersama IME Malaysia dan penaja rasmi Rangkaian televisyen Media Prima dan syarikat elektronik, Samsung

 

 

Kredit Foto: Social Up & IME Malaysia

 

 

8 Sebab Wanita Jatuh Cinta dengan Park Bo Gum 

  • Memiliki wajah yang comel yang pasti mencarikan hati wanita apabila melihatnya. 
  • Lakonan mantap sebagai Putera Raja dalam drama Love in the Moonlight memperlihat Bo Gum seorang lelaki yang ‘macho’. 
  • Memiliki sifat rendah diri. 
  • Bo Gum terkenal dengan sifatnya yang kuat makan.
  • Malah Bo Gum sentiasa menghagai peminat yang banyak menyokongnya dalam kerjayanya. 
  • Kehebatan dalam bermain piano membuatkan wanita jatuh cinta dengannya. 
  • Selain lakonan, Bo Gum juga mempamerkan bakatnya dalam bidang nanyian. Lagu balada My Dearest, OST Love in the Moonlight adalah lagu pertamanya. 
  • Bo Gum memiliki hati lembut apabila berbicara tentang keluarga dan juga peminatnya. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    #Lofattah Buat Netizen Tertanya, Betulkah WUJUD CINTA Luar Set yang Sengaja disembunyikan? Ehem!

  • Seterus →

    10 Drama Melayu Paling Tinggi dalam Carian Google Sepanjang 2016