Apr 25, 2018 - 858
Oleh: Athirah Zulkifli
MIX Blitz - Isnin-Jumaat, 10.00 Pagi - 4.00 Petang
Kongsikan perkembangan terbaru Reem?
Saya baru sahaja memulakan tugas sebagai penyampai radio di MIX pada Januari tahun ini. Dalam MIX, saya mengendalikan segment MIX Blitz yang bersiaran pada Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi hingga 4 petang.
Saya juga mengacara untuk Astro SuperSport selama tujuh tahun di platfrom digital yang diberi nama B4KO yang merupakan pra-pertunjukan sebelum pertandingan-pertandingan Premier League pada setiap hujung minggu, selain mengendalikan segmen Wishlist yang mana kita melaksankan impian peminat sukan menjadi kenyataan.
Bagaimana Reem melibatkan diri dalam dunia pengacaraan sukan bola sepak?
Ia berlaku secara kebetulan. Saya mulakan kerjaya sebagai wartawan di NTV7, kemudian berhijrah di ESPN dan ditawarkan sebagai pembantu penerbit pada mulanya. Ketika sesi temu duga di Singapura, pihak pengurusan ESPN berkata wajah saya sesuai untuk kamera dan cara saya bertutur pun baik.
Seminggu kemudian mereka memberitahu saya berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembaca berita utama bukannya jawatan pembantu penerbit. Mula-mula terkejut tapi saya ambil peluang ini sebagai permulaan kerjaya baru saya.
Kongsikan perkara paling mencabar dalam mengendalikan segmen sukan?
Menjadi seorang wanita yang bercakap mengenai bolak sepak adalah salah satu cabaran kepada diri sendiri kerana persepsi masyarakat yang kurang percaya pada wanita yang minat dengan sukan bola sepak.
Malah mereka berfikir, wanita berwajah cantik hanya membaca skrip jadi perkara ini tidak menjadi terlalu serius. Selama tujuh tahun menceburi bidang ini, saya berjaya membutikan bahawa wanita juga tahu selok- belok sukan bola sepak, jadi kritikan mereka adalah salah.
Bagaimana Reem buat ‘homework’ tentang sukan dunia?
Ia bergantung pada sukan apa yang hendak dibualkan dalam rancangan tersebut. Biasanya saya akan Google latar belakang peribadi individu yang akan ditemu bual dan menonton video sebagai rujukan terutama sekali apabila wawancara atlet sukan agar tidak rasa kekok apabila menemu bual mereka. Persediaan awal amat penting apabila wawancara sesorang.
Apa pendapat Reem tentang ahli sukan ini?
- Usain Bolt - Lightning, Legenda, Olympics
- Azizul Hasni Awang - Pocket Rocket Man
- Lee Chong Wei - Hero, patriot, smash
- Ronaldo - Goals, Ballon d’Or, champion
- Ridzuan Puzi - Puskas, stunning, goal
- Maria Sharapova - Unstoppable, comeback, candy (Sugarpova)
Jika Reem dicabar untuk mengendalikan segmen hiburan atau fesyen, apa penerimaan Reem?
Saya fikir ia tidak terlalu banyak kejutan. Sejak bekerja dengan MIX, saya perlu bersaing dengan dunia berita hiburan. Sama juga seperti fesyen, saya banyak melayari laman web fesyen dan menonton video untuk dijadikan rujukan setiap hari.