Mar 15, 2018 - 1324

Dulu Ada Badrul Muhayat, Kemudian Aaron Aziz, Fattah Amin & Terkini Syafiq Kyle! — Ini RAHSIA Sukses Hero Malaysia

Untuk setiap zaman, pasti ada seorang atau lebih hero kacak yang menguasai hati peminat. Siapa pilihan anda?

 

Oleh: Miss Lola 

 

 

 

 

 

 

HAPPYNYA apabila Lola dapat tugasan daripada team untuk menulis kisah lelaki. Obviously talking about boys and men buat Lola tersenyum gembira. 

 

“Amboi Lola, apa yang tersengih macam kerang busuk tu uols? Dapat WhatsApp boyfriend ke?” Soal Jelly yang sibuk menonton drama Korea. 

 

“Ni ha Jelly, Lola dapat assignment untuk bercakap fasal lelaki, mestilah happy!” Jawapan Lola ini terus buat Jelly pause drama Korea dan bangkit duduk di sisi Lola. 

 

“So nak story pasal siapa? Fattah Amin? Zul Ariffin? Syafiq Kyle atau Aiman Tino? Jelly sendiri peminat Remy Ishak dan Rosyam Nor!” Ujar Jelly yang tak senang melihat Lola menaip laju pada papan kekunci. 

 

Dulu-dulu, Mustapha Maarof Antara Hero Paling ‘Handsome’, Setuju Tak?

Lola akui iols memang peminat dan menonton filem-filem dan drama Melayu, no shame on that bukan? Kalau kita sendiri tidak menyokong industri filem lokal, kepada siapa lagi mahu diharapkan? Sejak kecil Lola memang gemar lihat pelakon lelaki yang Alpha dalam filem-filem hitam putih. Arwah P. Ramlee, Mustapha Maarof  — he is soooo good looking dan Jins Samsuddin adalah hero dahulu yang sangat Lola look up to. 

 

Kemudian barulah muncul hero Melayu seperti Awie, Jamal Abdillah, Badrul Muhayat, Hans Isaac, Azhar Sulaiman, Hani Mohsin, Eman Manan, M. Nasir, Rusdi Ramli, Faizal Hussein dan sebagainya yang aktif di layar TV dan filem-filem hebat seperti Femina, Ringgit Kassorga dan Abang 92. 

 

“Oh my god Lola, semua itu favourite Jelly tau, sekali dengan filem Mira Edora dan XX Ray.” 

 

Kemudian, Datang Pula Tsunami Hero Kacak Aaron Aziz 

Yes kala itu filem lokal disanjung tinggi. Fast forward kepada zaman millennium when girls mula ‘cair’ dengan Aaron Aziz, Keith Foo, Remy Ishak, Farid Kamil, Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Shaheizy Sam yang sememangnya berkebolehan menjadi lead dan carry kita semua dalam mimpi-mimpi indah bukan? Ops list nama-nama ini mesti ada yang terkurang dan tercicir, uols jangan jadi makcik-makcik bawang dan carut Lola pula, they are just names ok. 

 

“So now siapa yang menjadi hero dalam filem-filem Melayu kini?” Soal Jelly yang sibuk Google foto-foto lama Sidi Oraza dan Hairie Othman. 

 

Hmm... Lola bangga sebab kini lebih ramai aktor muda yang tampan, versatile dan actually none Malays. Alvin Chong, Sean Lee, Jonathan Putra dan Daler Yusof antaranya yang Lola tengok makin visible di kaca televisyen bersama Shahrul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Shukri Yahya dan tentunya Fattah Amin dan Syafiq Kyle. Theyolslah yang sekarang sedang asyik monopoli local scenes kita, dan I am happy to see our industry is still blooming dan berkembang.

 

Ada Juga Hero yang Tak Ada Tuah 

Bukan senang ya uols nak menjadi seorang hero dan meletakkan diri setanding aktor sebelumnya, I mean Lola pasti kita punya ratusan (mahupun ribuan) aktor dan pelakon yang mahu menjadi yang terbaik dalam bidang mereka ceburi, tapi ada yang tidak pernah sampai status hero, malahan ada yang langsung tidak punya luck untuk membina nama. 

 

Lola rasakan selain daripada wajah, pesona, kerja keras dan bakat lakonan, tuah juga penting dalam mencipta nama dalam industri ini. Karisma, keberanian dan kualiti juga membantu seorang hero itu untuk  berdiri sendiri dan terima tawaran yang datang dengan cukup berkebolehan uols, then lepas semua itu kalau ada skrip dan movie or drama yang hot and viral barulah boleh famous dan bergelar hero. Such a hassle, kan? 

 

Tapi itulah industri hiburan kita uols, sekejap panas sekejap sejuk, tapi boleh panas balik lepas itu, tengok sahaja Remy Ishak yang dah lama senyap, now he is back and looking oh-so-yummy dalam drama Kekasih Paksa Rela yang pasang dekat TV uols setiap petang. 

 

Anda Suka Edika Yusof atau Aedy Ashraff?

“Lola pula macam mana? Bila nak cari hero aka buah hati sendiri?” Usik Jelly yang sudah move on daripada Edika Yusof kepada Aedy Ashraff, gatal sungguh!

 

Dalam mencari Hero Hati, kita tak boleh guna teori Lola fikirkan tadi uols, itu kalau nak jadi Hero Malaya bolehlah, Hero Hati rasanya banyak lagi kriteria yang mesti dijadikan scale iols. Lola memanglah jenis yang memilih when it comes to love and tales of the heart, takkanlah nak cerewet masa pilih kasut je, kan? 

 

Lola ni anak tunggal dan dari kecil ayah ajar untuk jadi seorang yang kuat dan sentiasa berdikari. Yes ayah adalah hero Lola yang paling utama dalam hidup Lola, kiranya dia macam Lelaki Teragung dalam lagu Dayang Nurfaizah itu, so every guy that I go out with dan mula dating mestilah kena ada check-list yang serupa macam ayah. Rasanya semua girls pasti ada soft spot dan look out for the good qualities of their boyfriend yang serupa ayah theyols, kan? 

 

Okey Lola nak tanya uols, apa yang dicari dalam seorang hero, both Hero Hati dan Hero Malaya, kongsi sama Lola di nanti kita story panjang, till next month have a safe February. Love, hugs and Brooks Brothers. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    SHIERA IJOY Imbau Memori Kahwin 5 Hari 5 Malam! — Sumpah Kelakar, Anda Kena Baca

  • Seterus →

    Siapa Reem Shahwa? — Wanita Ini BIDAS Persepsi Lelaki Tentang Wanita dan Bola Sepak, Baca Ini