Nov 28, 2016 - 23815

Alyah Wanita Bertuah — Jadi Isteri Datuk Ramli MS, Lelaki yang Penuh Misteri

Alyah, nama yang cukup sensasi apabila berita perkahwinannya dengan Datuk Ramli MS dihidu umum. Ikuti temu bual eksklusif kami bersama suri hati Datuk Ramli MS ini.

 

Oleh: Iqbaq Vee Azwan Mukhtaram

 

 

PERCUBAAN Alyah masuk ke dunia seni tidak dihampar laluan mudah. Banyak pertandingan nyanyian disertai dan turut menganggotai beberapa kumpulan muzik untuk menonjolkan bakat, namun masih tidak bisa bawa namanya melangkah jauh. Antara medan beraksi yang melihat bakat Alyah dipertontonkan adalah Asia Bagus, Bintang Hiburan Minggu Ini dan One In A Million.

Namun pada 2010 segalanya berubah apabila Alyah hadir sama Tak Mungkin Kerna Sayang, dan bunyian hasil Ajai itu terus memaku namanya sebagai penyanyi wanita yang punya ruang besar. Tatkala itu perkenalan InTrend dan Alyah berlaku seiring. Alyah kami tampilkan sebagai wajah wakilan isu April 2010 berbalut busana luxe Gucci rona hitam, berteman perincian besi sadur dan disolek Khir Khalid sama oles gincu jingga berani. 

 

 

“Nasib Alyah dalam dunia hiburan tidak mudah. Pengalaman lama banyak mengajar Alyah fasal erti ketahanan dan kerja keras. Ada masa Alyah juga punya rasa untuk berhenti dan berpaling semula namun semua yang perit ditelan dan langkah terus mara. Alyah pernah lost dan bikin a few misguided steps tapi tiada siapa yang sempurna, bukan?” Jawabnya kala ditanya Yanna Husin, bekas Editor Fesyen InTrend kala itu.  

 

 

Pasca temu bual kami petang itu di kafe kecil bersebelahan White Studio milik Bustamam Mokhtar, nama Alyah semakin hangat. Beberapa lagi lagunya jadi dendangan radio dan imej Alyah semakin berolah baik, menyarung persalinan pereka-pereka lokal di dalam klip-klip videonya.

Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Jonathan Liang, Tengku Syahmi dan Sandra Azwan antara yang menjadi penggerak look Alyah, ditemani solekan Bosco. Arahan video Ghaz Abu Bakar benar-benar bawa nama Alyah kepada satu peringkat yang berbeza.  

 

 

Meletakkan Amy Search, Sarah Jessica Parker dan Jennifer Lopez sebagai ikon fesyennya, Alyah berani pushing the envelope dan tampil berani. Perjalanan Alyah kala itu tiba-tiba was put on hold kala kontroversi mula menghimpitnya, daripada perbalahan sama pereka fesyen dan desas-desus perihal pernikahannya jadi buah mulut ramai. Namun Alyah bijak menangani cerita-cerita tidak enak itu sama cara paling dewasa. 

 

 

Kini semuanya sudah terlerai indah, pernikahannya bersama Datuk Ramli MS berjaya dirahsiakan lebih dari setahun. Alyah akui kala itu dia sedang bahagia. Awal tahun 2015 menyaksi Alyah sekali lagi menjadi ceritera tabloid dan laman sesawang gosip. Kali ini kisah perkahwinanya yang retak diuji ajnas perihal. 

 

 

Ada yang bilang Alyah meroyan, terlalu mengikut emosi dan tidak profesional. “Begitu mudah mereka menjadi juri dalam kisah yang mereka sendiri tidak mengerti apa yang elok dan apa yang tidak. Hati wanita mana yang tidak remuk apabila perkahwinan mereka diperkatakan, namun I must say she handles it well,” bilang Editor Kecantikan kala kami merungkaikan perihal ini.  

 

 

Namun segala kisah dan gosip ini bukan penyebab Alyah dilamar menjadi sampul isu ulang tahun kali ini, we are not that kind of magazine. Kami mahukan Alyah sebagai wajah wakilan kerana tempatnya dalam industri vokal yang cukup kuat, tampil menawan di Anugerah Industri Muzik kala Sesal Separuh Nyawa menjuarai kategori 

 

 

Lagu Pop Terbaik. Visibility Alyah dalam dunia hiburan juga dilihat semakin eksklusif dan berprestij apabila perjalanan kariernya dijaga erat oleh Lisa Tahir (bekas pengurus Ziana Zain). Segalanya, daripada jadual, penampilan dan imej harus memantulkan Alyah sebagai seorang penyanyi yang bukan sekadar tangkap muat dan sambil lewa. “Maaf Vee, Alyah sedikit terlewat, ibunya baru tiba dari Johor maka dia mahu melayan bermanja dan sarapan bersama.” 

Kiriman WhatsApp daripada Lisa kami terima awal pagi itu. Janji temu kami sama Alyah pada jam 10, namun setibanya Alyah di muka pintu cuma terlewat sedikit dibalas sama pohon maaf yang tidak henti kerana rasa bersalah bikin kami tertunggu. 

 

 

No worries Alyah, teruskan sama solekan Syed Dewa dan busana monokromatik daripada M Pavilion sudah siap sedia,” bilang Editor Fesyen. Melihat Dayang Nurfaizah, Alyah dan Jaclyn Victor duduk sebaris dan disolek tatarias, setiap satu cukup bikin diri bangga kerana dapat menghimpunkan the voices of right now, powerful, strong dan solid

 

 

Berbual sama Alyah ditemani Lisa Tahir dan secawan kopi panas, topik perbincangan perihal nilai istimewa seorang wanita and how every women is born beautiful, it just takes the right man to see it. “Alyah setuju sama teori itu, semua wanita ada keistimewaannya dan setiap satu amatlah berharga mewah dan kelebihan kita tidak bisa dinafikan lagi.

Kita sendiri harus akui dan acknowledge the beauty that we hold tanpa perlu jadi tokok tandingan sama wanita lain mahupun di mata seorang lelaki. Jika disoal apabila masa Alyah rasa paling cantik, jawapannya adalah kala bangkit pagi tanpa solekan, looking into the mirror and simply loving yourself,” jawabnya panjang lebar. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    10 Lagu Tema Drama Malaysia Paling “Win” dan “Tangkap Lentok”, Kalau Tak Percaya Dengar Dulu

  • Seterus →

    Kumpulan K-Pop GOT7 ‘Jatuh Cinta’ dengan Orang Malaysia yang Sangat Mesra dan Baik