Dec 08, 2016 - 3357

Kumpulan K-Pop GOT7 ‘Jatuh Cinta’ dengan Orang Malaysia yang Sangat Mesra dan Baik

Ternyata kedatangan artis K- Pop di Malaysia tidak terhenti-henti, baru-baru ini kumpulan popular GOT7 berkunjung sekali lagi ke Malaysia bagi mempromosi album terbaru mereka iaitu Flight Log: Turbulence.

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

Sumber foto: IME Productions 

 

Meskipun sudah beberapa kali berkunjung di Malaysia ia memberi kenangan indah yang sentiasa terpahat diingatan mereka. Menurut salah seorang ahli GOT7, BamBam setiap kali datang ke Kuala Lumpur, dia dan rakan-rakan pasti terkenang akan beberapa lokasi yang pernah mereka menjalani pengambaran muzik video lagu berjudul ‘A’ pada tahun 2014. 

 

Sumber foto: IME Productions 

 

"Kami sangat teruja dapat kembali lagi ke Kuala Lumpur dan bertemu lagi dengan IGO7 (gelaran untuk peminat). Oleh itu, Malaysia sangat istimewa di hati kami" kata anggota berasal dari Thailand. 

Konsert GOT7 Flight Log: Turbulence in Malaysia 2016 telah berlangsung di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, pada 4 Disember 2016. Kesemua ahli GOT7 yang dibawah naungan JYP Entertaiment dianggotai oleh Mark (21), JB (22), Jackson (22) Jinyoung (22), Youngjae (20) dan Yugyeom (19).

 

 

Sumber foto: IME Productions 

 

Dalam pada itu Jackson pula berkata, secara peribadi dia sangat suka akan suasana di sini ditambah dengan sikap mesra masyarakat negara ini. "Orang Malaysia sangat mesra dan baik dan setiap kembali ke sini suasananya membuatkan saya berasa seperti pulang ke negara sendiri," katanya pemuda yang berasal dari Hong Kong ini.

Dianjurkan oleh Three Angles Group dan IME Singapore dengan kerjasama , konsert kali ini dibanjiri kira-kira 3,000 peminat termasuklah peminat luar negara seperti dari Vietnam, Filipina, China dan Jepun. Selama lebih kurang 1 jam setengah, GOT7 menghiburkan penonton dengan lagu hits serta beberapa permainan.

 

Sumber foto: IME Productions 

 

GOT7 mula meraih populariti menerusi debut pada tahun 2014. Kumpulan ini sudah melancarkan dua album dan lima EP. Terkini, kumpulan ini baru saja memenangi anugerah Worldwide Favourite Artiste pada Anugerah Muzik Asian Mnet (MAMA) 2016 yang berlangsung di Hong Kong pada 3 Disember lalu.

 

Senarai lagu: 

Album terbaru Flight Log: Turbulence

  • Let Me
  • Prove It
  • Fly
  • Hard Carry
  • No Jam
  • Boom X3
  • Home Run

Lagu Hits : 

  • If You Do
  • A

 

 

Sumber foto: IME Productions 

 

 

Sumber foto: IME Productions 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Alyah Wanita Bertuah — Jadi Isteri Datuk Ramli MS, Lelaki yang Penuh Misteri

  • Seterus →

    Indahnya Cinta Ella, Ratu Rock Negara — Suri Hati Mr. Pilot Bernama Azhar, Moga Sampai Jannah!