Oct 06, 2016 - 1491

Fenomena Gegar Vaganza & Dato’ Seri Vida: Nora, Siti Sarah & Rem diramal Pukul Habis?

Sidang media Gegar Vaganza riuh-rendah dan terima sambutan luar biasa.



Oleh:

 

Foto: Ihsan Gegar Vaganza
 
 

PEMINAT pastinya tidak sabar menanti kehangatan peserta yang bakal beraksi bagi musim terbaru ini. Pastinya barisan penyanyi tempatan musim terbaru ini tidak mengecewakan peminat setia rancangan ini. 

Semalam berlangsung sidang media pengumuman senarai penuh peserta Gegar Vaganza musim ke-3. Seramai 12 peserta penyanyi tempatan bakal menjayakan Gegar Vaganza musim ini yang terdiri daripada 6 peserta lelaki dan 6 peserta wanita.  Antaranya adalah Ameng Spring, G-Mie Screen, Razis Ismail, Rem, Shidi Data, Zarul Umbrella, Azharina, Elly Mazlein, Intan Sarafina, Nora, Siti Sarah dan Zur Eda
 


Foto Ihsan Gegar Vaganza ; Ameng (Spring)


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Azharina


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Elly Mazlein 


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Zur Eda
 



Selain barisan peserta yang hebat, tidak ketinggalan juga barisan juri tetap Dato’ Haji Ramli MS dan Dato’ Khadijah Ibrahim yang dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan peserta berdasarkan kateria yang ditetapkan. Gegar Vaganza 3 masih mengekalkan pengacara kesayangan Malaysia iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse untuk mengemudikan program ini. 

 

Foto Ihsan Gegar Vaganza; G-Mei (Screen)


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Intan Sarafina
 


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Nora


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Zarul (Umbrella)
 
 
Gegar Vaganza musim ke-3 ini turut mengekalkan Pamoga Vida Beauty Qu Puteh selaku penaja platinum dengan kerjasama Digi dan KFC sebagai penaja bersama. 
 


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Razis Ismail


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Rem


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Siti Sarah


Foto Ihsan Gegar Vaganza; Shidi (Data) 
 

5 Sebab Anda MESTI TONTON Gegar Vaganza Musim ke-3

  1. Masih mengekalkan dua pengacara hebat, paling happening dan paling viral iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
  2. Penyertaan peserta kali ini lebih mantap malah persaingan hebat dijangka bakal berlaku dan memakukan penonton-penonton ASTRO Ria pada setiap hari Ahad. Kalau dahulu, Siti Nordiana dinobat sebagai juara, siapa pula tahun ini? Adakah kali ini juara berpihak kepada peserta wanita atau lelaki? Nantikannya!
  3. Penglibatan juri juga faktor yang membangkitkan seri Gegar Vaganza 3. Pengarah muzik terkenal, Dato’ Ramli MS yang lantang bersuara dan Dato’ Khadijah Ibrahim pula sebagai pelembut suasana pastinya memberi kontras dalam aspek penjurian. Mereka juga boleh dikatakan antara tarikan utama Gegar Vaganza kali ini. 
  4. Gimik Dato’ Seri Vida pasti menggegarkan pentas Gegar Vaganza dengan celoteh dan ragam ‘trademark’nya, “Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih!” Apalah agaknya yang akan Dato’ Seri ​Vida buat kali ini selepas dia asyik berebut mikrofon dengan Nabil dan Jihan tahun lepas? Adakah kali ini dia akan diberikan mikrofon sendiri yang berwarna pink? Haha, ini juga kena kita tunggu!
  5. Tahun lepas Dato’ Seri Vida diberi satu imuniti dan dia telah menyelamatkan Zul Handy Black. Agaknya pada tahun ini, berapa imuniti yang Dato’ Vida akan dapat? Nak tahu kena tonton. 
 
 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Pernah dianggap ‘KAMPUNG’, Selepas 15 Tahun Amelina Kembali Membalikkan Tanggapan Itu. Ini Jawapannya…

  • Seterus →

    Siapakah Paling Menyerlah di Konsert Pertama Gegar Vaganza Musim 3?