Sep 20, 2017 - 311

“Mulai Sekarang, Saya Mahu Menjadi Kwon Ji Yong” — Ini Luahan Isi Hati G-DRAGON

Ternyata konsert siri jelajah solo kedua G-Dragon memberi kelainan serta menyentuh emosi penonton. Inilah sisi sebenar dirinya.

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

 

 

 

BARU-BARU ini telah berlangsung konsert solo kedua penyanyi popular Korea Selatan, G-Dragon di Malaysia. Kehadirannya semula ke Malaysia bagi menjayakan siri jelajah solonya  menerusi konsert Act lll: Motte ‘Moment of Truth the End Kuala Lumpur’ di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

 

Ternyata konsert kali ini, paling dinantikan buat semua peminat G-Dragon di Malaysia. Kehadiran penonton seramai 10,000 mengamanatkan lagi konsert pada malam tersebut. Pembuka tirai konsert G-Dragon menampilkan lagu-lagu hits seperti Heartbreaker, Breathe, A Boy dan Obsession yang diringin pemuzik live.

 

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

 

 

 

Ternyata konsert kali ini sungguh luar biasa. Ia mencerminkan sisi sebenar G-Dragon. Rekaan prop pentas yang dramatik serta pengcahayaan terbaik membutikan G-Dragon mahukan konsert ini meninggalkan kenangan istimewa  buat peminatnya. Bairpun konsert GD ditemai hujan renyai, ia tidak menghalangnya untuk terus memberi persembahan terbaik dan bertenaga kepada penonton.

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

 

 

 

 

G-Dragon ATAU Kwon Ji Yong?

Dipertengahan konsert, G-Dragon menceritakan kepada peminat tentang dirinya yang berusaha keras untuk membina nama di persada seni muzik sehingga dia diangkat menjadi ikon muzik yang disegani. Tumpuan sepenuh yang diberikan penonton terhadapnya jelas membuatkan perasaannya tersentuh.

 

Banyak yang dibicarakan olehnya antara yang menyentuh emosi penonton tentang penat lelahnya memikul gelaran nama G-Dragon.

 

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

 

 

 

“Saya mungkin dilihat mempunyai sebuah kehidupan yang sangat bagus. Saya sendiri tidak pasti siapa diri saya sebenarnya. Berpenampilan seperti G-Dragon tapi hakikatnya, ia sangat sukar bagi saya untuk melakukannya. Saya masih tidak ada keberanian.

 

"Saya mahu menunjukkan kepada anda semua siapa Kwon Ji Yong. Saya harap saya boleh terus menjadi seorang yang terus bersinar. Saya hidup sebagai GD selama ini tetapi mulai sekarang saya mahu menjadi Kwon Ji Yong, " tuturnya.

 

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

 

 

 

 

Tidak mahu penonton terlalu beremosi, dia kembali menghiburkan peminat dengan lagu hits seperti, Who You, Superstar, Crayon, Today, Middle Finger Up, Bullshit, Divina Commedia.

 

Kemuculan istimewa, Sandra Park di pentas menerusi lagu duet Missing You dan Hello menghangatkan lagi suasana Stadium Merdeka. Segmen akhir, dia muncul kembali bersama Dara mendendangkan lagu Crooked. Sebagai penutup konsertnya, G-Dragon menyanyikan lagu sentimental penuh emosi, Untittled, 2014 kira-kira jam 10.30 malam.

 

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

 

 

 

G-Dragon Konsert Act lll: Motte ‘Moment of Truth the End Kuala Lumpur’, dianjurkan oleh IME Production. Konsert siri jelajah Act III: M.O.T.T.E World Tour akan berakhir di Taiwan pada Oktober depan.

 

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

 

 

 

 

 

Kredit foto: IME Malaysia 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Aliff Aziz & Bella Rai UlangTahun Kahwin Pertama — Anda HARUS BACA Apa Doa Bella Untuk Suaminya

  • Seterus →

    11 Jejaka Kacak ‘Wanna One’ — Adakan Sesi Bertemu Peminat Kali Pertama Di Malaysia