Nov 03, 2017 - 71

11 Jejaka Kacak ‘Wanna One’ — Adakan Sesi Bertemu Peminat Kali Pertama Di Malaysia

Pastinya ini berita gembira buat peminat k-pop di Malaysia. Kumpulan Wanna One bakal datang ke Malaysia tidak lama lagi. Ada sesuatu istimewa khas buat peminat Wanna One, nantikanya!

 

 

 

 

 

 

 

Selepas menyertai pertandingan rancangan realiti, Produce 101 Season 2, mereka kini menjadi kumpulan paling hangat di Korea. Buat kali pertama Wanna One bakal hadir ke Malaysia bagi sesi perjumpaan bersama peminat di Malaysia.

 

Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur ‘Wanna Be Loved’ yang dianjurkan oleh IME Malaysia. Konsert ini akan berlangsung di Stadium Negara pada 19 Januari 2018, 8:00 malam.

 

Wanna One ialah kumpulan yang dicipta melalui salah satu rancangan realiti, 11 ahli kumpulan dari Wanna One telah dipilih oleh orang awam. Selepas debut pada bulan Ogos, Wanna One kini telah menjadi kumpulan yang paling hangat malah mereka berjaya menarik perhatian peminat di seluruh negara.

 

Album pertama mereka 1X1=1, TO BE ONE telah dilancarkan pada 7 Ogos. Lagu “Energetic” adalah single pertama yang berjaya merangkul carta-carta muzik di Korea antaranya Melon, Genie, Bugs, Mnet, Naver dan Soribada.

 

Khas buat peminat Wanna One di Malaysia, penjualan tiket Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur ‘Wanna Be Loved’ akan dibuka bermula pada 5 November (Ahad) dari pukul 11:00 pagi hingga 3:00 petang di Empire City, PJ (LG2, Concourse Area).

 

Setiap individu hanya boleh membeli maksimum 6 tiket sahaja. Peminat yang hadir membeli tiket di Empire City, PJ (LG2, Concourse Area) akan diberi kad pos eksklusif (Satu kad pos eksklusif untuk satu tiket sahaja kepada antara yang terawal).

 

Bagi penjualan tiket-tiket dalam talian akan dijual pada hari yang sama, bermula pukul 4:00 petang di laman web TicketCharge (www.ticketcharge.com.my). Untuk wakil penjual tiket akan mulakan jualan pada 6 November (Isnin) 10:00 pagi.

 

Tiket boleh didapati dari pejabat TicketCharge, manakala wakil penjual yang terpilih antaranya Speedy video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter infomasi di The Mines shopping mall dan 1 Shamelin.

 

Bagi wakil penjual tiket luar bandar boleh didapati di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Penang) atau menelefon TicketCharge +603-92228811 untuk membeli tiket konsert.

 

HARGA TIKET:

  • VIP RM589 (Tempat Bernombor)
  • ROCKZONE RM 489 (Berdiri- Free Standing)
  • CAT 1 RM400 (Tempat Bernombor)
  • CAT 2 RM350 (Duduk- Free Seating)
  • CAT 3 RM250 (Duduk- Free Seating)

*Semua tiket harga termasuk 6% GST, tetapi tidak termasuk RM4 untuk yuran pemprosesan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi, adakah anda bersedia untuk TO BE ONE bersama Wanna One? Bersiap sedia untuk bertemu dengan 11 lelaki ENERGETIC dan kacak ini! Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur ‘Wanna Be Loved’, sebuah konsert yang pasti anda tidak mahu lepaskan.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Facebook rasmi iMe(http://www.facebook.com/imemalaysia), Twitter (IME Asia), Instagram (IME_Asia), Wechat (IMEProductions) atau dail 03-2715 1843.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  general