Sep 09, 2017 - 4117

30 Petua Cantik Jimat, Selamat — Dari Rambut Hingga Hujung Kaki yang MESTI DIAMALKAN!

Trend kecantikan hari ini kembali kepada alami; mendekati unsur alam yang semula jadi untuk kekal cantik tanpa kesan sampingan. InTrend sajikan 30 petua menggunakan bahan-bahan dari dapur.

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

RAMBUT SIHAT BERSINAR

1. Untuk memiliki rambut berkilat, gunakan sebiji telur yang dipukul. Kemudian, lumurkan pada rambut yang basah. Biarkan 15 minit sebelum disyampu dan dibersihkan.

 

2. Bagi yang mahu rambut bersinar,hancurkan isi avokado. Basahkan rambut dan lumurkan kisaran avokado itu ke serata rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum rambut dibilas bersih.

 

3. Untuk melembutkan rambut, campurkan sesenduk cuka epal dengan sesenduk air. Sisir ke seluruh rambut, biarkan lima minit dan bilas.

 

 

 

 

 

 

 

 

KENING LEBAT TEBAL

4. Ambil lendir lidah buaya, sapukan pada kening. Biarkan semalaman sepanjang kamu tidur.

 

5. Minyak kelapa dikatakan sangat baik dalam melebat dan menyuburkan bulu kening. Sapukannya pada kening sehingga minyak meresap.

 

6. Jus bawang juga berkesan untuk melebatkan kening. Sapukan pada alis dan biarkan selama 30 minit sebelum kening dicuci bersih.

 

 

 

 

 

 

 

BULU MATA LEBAT LENTIK

7. Rendamkan teh hijau ke dalam air panas sampai ia berada pada suhu bilik, barulah ditekapkan airnya ke bulu mata menggunakan kapas.

 

8. Ambil air kelapa, embunkan untuk semalaman. Kemudian, cucilah bulu matamu menggunakan air kelapa tersebut.

 

9. Tumbuk tangkai daun sirih, campurkan dengan lendir lidah buaya. Sapukan pada bulu mata. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci bersih bulu mata.

 

 

 

 

 

 

GIGI PUTIH BERCAHAYA

10. Strawberi boleh dijadikan pemutih gigi. Caranya, lenyekkan strawberi dan gosokkan pada barisan gigimu setiap hari.

 

11. Campurkan tiga camca baking soda dengan secamca air. Gaul sebati, kemudian gosokkan pada gigi. Jangan diamalkan selalu, cukup sekali dalam seminggu.

 

12. Apabila memakan pisang, jangan dibuang kulitnya. Gosokkan kulit pisang pada gigi kamu untuk beberapa ketika, biarkan seketika sebelum berkumur.

 

 

 

 

 

 

 

BIBIR INDAH MENAWAN

13. Untuk memerahkan bibir yang kelihatan lebam, gunakan perahan jus limau nipis yang dicampurkan dengan sedikit air suam. Biarkan campuran jus itu pada bibir untuk 10 hingga 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Limau nipis kaya dengan Vitamin C.

 

14. Walaupun kunyit berwarna kuning, ia juga boleh dijadikan azimat untuk memerahkan bibir. Campurkan secamca serbuk kunyit dengan secamca susu. Kemudian, sapukan pada bibir dan biarkan selama lima minit sebelum dibersihkan dengan air.

 

15. Bagi bibir yang kering, lembapkannya dengan menyapu minyak badam yang mengandungi Vitamin E sebelum masuk tidur.

 

 

 

 

 

 

KUKU CANTIK BERKILAT

16. Pecahkan seulas bawang putih yang sudah dibuang kulitnya. Sapukannya pada kuku untuk menyinarkan kuku yang pucat dan pudar. Amalkannya tiga kali seminggu.

 

17. Belimbing buluh boleh dijadikan bahan mencantikkan kuku. Caranya, gosokkan sahaja buahnya pada kuku. Ulangi dua hingga tiga kali dalam seminggu.

 

18. Jika kamu mempunyai kuku yang rapuh dan mudah patah, gosokkan bawang merah pada kuku sekerap yang boleh. Ia membantu menguatkan kukumu sambil menyinarinya.

 

 

 

 

 

 

TUBUH LANGSING KURUS

19. Hiris setengah biji lemon. Campurkannya ke dalam segelas air suam. Amalkan meminumnya setiap pagi untuk membantu kamu mengawal selera makan dan meningkatkan tenaga.

 

20. Kisarkan 300 gram nanas, empat biji strawberi dan beberapa biji anggur untuk dijadikan jus. Minum campuran ini setiap hari untuk membantu proses penurunan berat badan.

 

21. Mengamalkan minum teh hijau panas juga dikatakan mampu mengurangkan berat badan. Cubalah secawan pada waktu pagi dan malam.

 

 

 

 

 

 

 

WAJAH CERAH BERCAHAYA

22. Sangai beras pulut sehingga kekuningan. Kemudian, tumbuk sehingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tempeklah ke muka seperti masker. Biarkan seketika sebelum wajah dicuci bersih.

 

23. Untuk mencerahkan kulit, kamu boleh menggunakan tomato yang dijadikan skrub muka. Caranya, potong dua tomato, kemudian tenyehkan ke muka biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih wajahmu.

 

24. Kamu boleh menggunakan air bilasan beras untuk mencuci muka. Ia dikatakan dapat mencerah dan menjernihkan raut wajah.

 

 

 

 

 

 

TUMIT KAKI LICIN

25. Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam besen berisi air suam dan rendamkan kaki kamu selama 20 minit.

 

26. Jika terjumpa rumput yang masih berembun pada awal pagi, ambil peluang itu dengan menggosokkan tumit kaki di atasnya.

 

27. Ambil getah betik muda dan gosokkannya pada tumit kaki. Biarkan selama 10 minit sebelum tumit kaki dicuci bersih.

 

 

 

KULIT BADAN LICIN

28. Rawatan skrub badan sangat penting untuk menyingkirkan sel kulit mati dan menyerlahkan kulit baru yang lebih licin lembut. Campurkan serbuk kopi bersama gel mandian kamu. Gosokkannya ke serata tubuh. Kemudian mandi seperti biasa.

 

29. Sediakan dua senduk gula bersama pisang dan madu secukupnya. Gaul sebati kesemua bahan itu dan gosokkan ke serata tubuh. Biarkan selama 10 minit sebelum badan dicuci bersih.

 

30. Keraplah mengurut badan menggunakan minyak zaitun, argan atau apa sahaja minyak yang mengandungi lembapan. Oleskan ke serata kulit badan. Kulit tubuh bukan sahaja lembap malah kelihatan berkilau.

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Manisnya CYNTHIA BELLA Mekap Tipis, Bakal Isteri Engku Emran — Pengantin Malaysia Perlu Lihat ‘Look’ Ini

  • Seterus →

    6 Gaya Solekan Bertemakan MERDEKA yang Patut Anda Lihat — Fotonya Sungguh LUAR BIASA!