Sep 11, 2017 - 503

6 Gaya Solekan Bertemakan MERDEKA yang Patut Anda Lihat — Fotonya Sungguh LUAR BIASA!

Istimewa, bulan Merdeka; InTrend raikan semangat perpaduan ini dengan menggabungkan tiga jurusolek bersama tiga model berbilang kaum.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

Solekan 1

“ Warna-warni seperti kehidupan yang berbilang kaum. Jalur keharmonian warnanya lambang keamanan yang dinikmati dan kestabilan daripada segala segi. Semua rencah warna ini saya aturkan secara indah pada mata juga kening. Ia lambang satu Malaysia!” - Cat Yong

 

Tips: “Rancang dahulu warna apa yang mahu dipakai dan susun tanpa perlu sama kedudukannya.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Solekan 2 

“Garis merah di kelopak mata menandakan keberanian dan kebebasan yang kita perolehi daripada keharmonian dan keamanan negara yang kita miliki menerusi simbolik biru di bahagian celak mata sebelah pula. Tiga titik putih di dagu sebagai tanda kami bangga menjadi anak Malaysia!” - Rajavel

 

 

Tips: “Bangkitkan warna garisan dengan calitan celak putih dahulu sebelum garis warna diletakkan.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Solekan 3 

 

“Gaya kalasik wanita melayu dengan ilham warna-warna jalur gemilang yang harmoni. Menandakan keamanan, keuntuhan dan kebebasan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Masih seia sekata walau berlainan warna kulit,” - Fendi Sani

 

 

Tips: “Letakkan kuning pada tulang kening dan sudut dalam mata kerana fungsi warnanya yang mampu menyerlah.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Solekan 4 

 

“Cerita utama pada bibr dengan olesan kuning dan white ombre. Simbolik perlunya tutur kata dan budi bahasa dalam kehidupan di Malaysia yang sopan lagi tertib. Kegemilangan tercapai daripada lontaran kata yang positif dan penuh kejujuran,” - Rajavel

 

Tips: “Redupkan solekan mata tanpa celak agar solekan bibir menguasai keseluruhan solekan.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Solekan 5 

 

“Tujuh jalur kuning pada setiap mata bermakna 14 negeri yang dipayung Malaysia nan aman damai. Rona kuning dipilih sebagai simbolik kedaulatan Diraja yang dilakar memancar bagai sinar mentari yang mana Sultan melindungi rakyatnya.” - Fendi Sani

 

 

Tips: “Berkaryalah ikut imaginasi tetapi jangan sampai merosakkan kecantikan asli wajah.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Solekan 6

 

“Mengambil inspirasi warna-warni jalur gemilang yang megah berkibar. Merah terjalur di mata dan teguh di bibir lambang Malaysia yang berani. Kedamaian pada biru, kesucian pada putihnya dan kedaulatan institusi beraja pada cuitan kuning di hujung mata.” - Cat Yong

 

 

Tips: “Gunakan palet warna yang memberikan efek pekat dan terang untuk hasil solekan neon yang hidup.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    30 Petua Cantik Jimat, Selamat — Dari Rambut Hingga Hujung Kaki yang MESTI DIAMALKAN!

  • Seterus →

    Mahu Wajah Nampak Mulus dan Gebu? — 8 RAHSIA Rawatan PUPUR Ini Boleh Bantu Anda, MESTI CUBA!