Sep 30, 2017 - 1931

Mahu Wajah Nampak Mulus dan Gebu? — 8 RAHSIA Rawatan PUPUR Ini Boleh Bantu Anda, MESTI CUBA!

Selain rutin membersih wajah, rawatan pupur wajah juga perlu untuk kamu yang inginkan wajah yang tampil segar, sihat dan berseri.

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

 

4 Perkara Mesti Buat Ketika Berpupur

1. Bersih wajahmu dengan susu pembersih untuk menghilangkan segala kotoran.

 

2. Lembapkan wajah dengan air suam untuk membuka pori-pori pada wajah supaya kulit anda tidak rasa tertarik ketika dipupur.

 

3. Aplikasikan pupur pada wajah dengan gerakan ke tepi dan pastikan ia diaplikasi sama rata dan sama tebalnya. Lakukan sedikit urutan supaya bahan pupur meresap ke dalam kulit.

 

4. Pilih pupur yang sesuai dengan jenis kulitmu. Wajah terasa panas, gatal serta kemerahan menunjukkan pupur yang dipakai tidak sesuai dan menimbulkan iritasi pada kulitmu. 

 

 

 

 

Tips Memakai Pupur

4 Perkara Mesti Elak Ketika Berpupur

1. Elakkan pupur terkena di sekitar mata semasa mengaplikasinya. Seeloknya, letakkan kapas lembap di kawasan mata untuk melindungi daripada terkena bahan pupur.

 

2. Jangan memaksa otot wajahmu bergerak semasa mengaplikasi pupur. Pergerakan otot seperti ketawa, bercakap dan mimik muka lain boleh membuatkan lapisan pupur yang disapu pada wajahmu merekah atau pecah.

 

3. Jangan mengaplikasi pupur tatkala wajahmu masih lagi terdapat sisa solekan. Sisa solekan tersebut menghalang bahan pupur daripada memperbaiki tekstur kulit wajahmu.

 

4. Jangan berdiri, bergerak atau berjalan-jalan ketika memakai pupur. Pergerakan yang kerap dan kasar merosakkan lapisan pupur yang melekap pada wajahmu. Seeloknya, biarkan dirimu dalam keadaan relaks atau dalam posisi tidur. 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    6 Gaya Solekan Bertemakan MERDEKA yang Patut Anda Lihat — Fotonya Sungguh LUAR BIASA!

  • Seterus →

    26 Jurusolek Terkenal Malaysia Beri Petua PERCUMA Buat Bakal Pengantin – Rugi Tak Baca