Jul 19, 2016 - 418

Petang Mistikal disambut Set Hadiah Indah Bersama THE BODY SHOP!

Jenama penjagaan diri, The Body Shop kini dibawakan dalam aura lebih segar, boleh didapati di KLCC. Ayuh, segera ke sana!


Teks: Zara Mohd Shaidin (Pelatih Limkokwing University)
Instagram:


Lawatan saya ke concept store THE BODY SHOP minggu lalu di KLCC bagi meraikan wajah baru mereka yang berubah lokasi di shopping mall itu, ternyata membawa perspektif baru saya terhadap jenama ini. Concept store itu kini lebih menarik dengan suntikan konsep alam. Kelihatan lebih terang, girang, bahkan susun atur produk lebih efisien dan lebih mesra konsumer.

Sebahagian kakitangan THE BODY SHOP KLCC yang sedia menunggu anda. 


Turut hadir adalah Pengarah Pemasaran dan Komersil THE BODY SHOP, Florence Duchemin. Beliau memberikan informasi terbaru tentang concept store THE BODY SHOP. Dengan kehadiran kakitangan mesra menawarkan servis urut tangan dan menerangkan pelbagai produk terbaru mereka, saya turut berpeluang mencuba produk daripada koleksi Pinita Colada. Rawatan urut tangan selama lima minit menggunakan body scrub dan body butter mengikut kesesuaian jenis kulit pelanggan, turut diberikan. How lovely!

Aroma harum campuran nenas dan kelapa memberi aroma menyegarkan, bersesuaian untuk penggunaan musim panas ini. Juga, terbaru produk dari kepulauan Polynesia wangian eksotik ini diramu daripada bunga-bungaan seperti kemboja, Tiarè dan ylang-ylang. Turut hadir dalam himpunan ni adalah losen badan, wangian mist, krim badan dan gel mandian.


Antara produk yang diketengahkan musim ini adalah set hadiah Hari Raya 2016 untuk Ramadan & Syawal. Untuk makluman anda, promosi ini berakhir pada hujung Syawal ini. Kepelbagaian jenis set hadiah dan warna boleh dipilih untuk dihadiahkan buat tersayang. Sukakan bauan Japanese Cherry Blossom atau Black Musk? Maka datanglah ke concept store THE BODY SHOP.

Ada Argan Oil Set atau anda boleh pesonakan orang tersayang dengan wangian British Rose dan banyak lagi; semuanya didatangkan di dalam set kotak hadiah yang menarik, pada harga yang berpatutan. THE BODY SHOP juga menawarkan promosi hadiah percuma dengan setiap 10 pembelian sebarang jenis produk daripada THE BODY SHOP. 

Rangkaian Set Hari Raya 2016 THE BODY SHOP



Tertarik dengan barisan produk baru mereka, yang terkini adalah rangkaian Skin Defense. Kehidupan di Malaysia dengan cuaca panas terik sering membuatkan kulit lekas terlihat lebih tua, malah proses penuaan berlaku lebih pantas berbanding biasa. Kandungan Skin Defense yang menakjubkan dan bebas paraben, parafin dan mineral oils, berupaya membantu mengatasi masalah kulit pramatang. Produk terbaru ini didatangkan dengan perlindungan UVA/UVB, bersifat antioksida dan antikusam. Saya terus tertarik untuk mencuba produk terbaru ini. Ya, hanya dengan satu produk, ia dapat melindungi kulit daripada pelbagai jenis masalah, sesuai buat wanita berkerjaya mahupun di rumah yang sibuk dengan aktiviti harian.

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  thebodyshop

  • ← Sebelum

    6 Jurusolek Malaysia Paling Berpengaruh... No. 6 Adalah Kegemaran Scha Alyahya

  • Seterus →

    5 Solekan "Mentera" yang Paling Dramatik Buat Anda Terpegun Melihatnya!