Aug 21, 2017 - 33490

10 Jenama Kosmetik Karya ANAK MALAYSIA yang Anda Mungkin Tidak Tahu —Ini Kisah Hebat Pengasasnya!

Kita selalu diingatkan untuk menyokong barang ‘Buatan Malaysia’, bagaimana anda? Dalam arena kosmetik, kita punya jenama sendiri yang memeriahkan industri.

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

 

Ayuh Malaysia, kami senaraikan 10 jenama kecantikan Malaysia yang paling menyerlah. Ayuh kita ambil inspirasi hebat ini.

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 1

Aurawhite Beauty

Diasaskan oleh Nur Furyna Azmeer, Aurawhite antara jenama terawal yang memperkenalkan minuman kolagen untuk pencerahan kulit. Rangkaian produknya dikembangkan lagi dengan pelancaran produk Aura White Skin Spa, Aura Men dan pelbagai lagi produk kecantikan lainnya.

 

Aurawhite juga pernah mendapat pengiktirafan daripada Super Health Brand Asia Pacific dan Health Ambassador Asia Pacific.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 2

Ronasutra

Jenama kosmetik yang dimiliki oleh Miliyasutra Industries Sdn. Bhd ini mengenengahkan konsep mekap berasaskan mineral yang dijamin selamat untuk semua jenis kulit.

 

Antara produk popularnya ialah 2-in-1 Mineral Foundation & Powder dan Base & Concealer. Pembuatannya yang bebas bahan kimia menjadikannya pilihan kebanyakan wanita yang amat teliti tentang apa yang dipakai pada kulit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 3

Merve Cosmetic 

Walaupun baru ditubuhkan pada Jun 2015, jenama milik wanita jelita Joy Revfa ini terus produktif menghasilkan satu persatu produk yang berkualiti tinggi.

Bermula dengan minuman kecantikan, Gorgeous Juice, Merve kemudian muncul dengan produk penjagaan kulit dan mekap. Keistimewaan produk ini terletak pada reka bentuk packaging yang unik.

 

 

 

 

 

 

 

 

JANJI ANAK MILLENNIAL MALAYSIA [Teaser 1]

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 4

Vida Beauty

Siapa tidak kenal pemiliknya, Dato’ Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman yang popularitinya sama hebat dengan syarikat yang diterajuinya itu. Vida Beauty Sdn. Bhd. telah mengeluarkan beberapa produk kecantikan dan kesihatan diri yang menjadi pilihan rakyat tempatan antaranya minuman Vida Beauty Pamoga, Qu Puteh Collagen, Mineral Lipstick Stemcell dan banyak lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 5

Silkygirl

Jenama ini amat popular dalam kalangan penggemar alat solek. SILKYGIRL dimiliki oleh Alliance Cosmetics Group dan diperkenalkan pada Jun 2005. Dengan promosi yang berkesan, produk yang menarik pada harga berpatutan, jenama SILKYGIRL berjaya menjadi antara produk kosmetik mampu milik pilihan rakyat Malaysia. Selain alat solek, SILKYGIRL turut mempunyai produk pewarnaan rambut, penjagaan peribadi dan minyak wangi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JANJI ANAK MILLENNIAL MALAYSIA [Teaser 2]

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 6

D’Herbs

Antara pemilik jenama kosmetik paling kontroversi dan termuda di Malaysia, Dato’ Aliff Syukri berjaya mendekati hati pengguna tempatan bersama taglinenya, ‘Terlajak Laris’. Bermula dengan hanya empat produk iaitu Bedak Asas, Pelangsingan Badan, Minuman Kesihatan Wanita dan Gincu Rawatan Bibir, D’Herbs terus bergerak laju dengan pelbagai produk kosmetik lainnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 7

SimplySiti

Atas rasa kecintaannya terhadap kecantikan, penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza menubuhkan jenama kosmetiknya sendiri pada 2010 iaitu SimplySiti. Mengeluarkan produk kecantikan berkualiti untuk penjagaan kulit, alat solek dan wangian, SimplySiti juga antara produk tempatan yang paling banyak menerima pengiktirafan seperti daripada Halal Journal Awards, Malaysia’s Strongest Brands Award dan lain-lain lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 8

Sendayu Tinggi

Antara jenama produk herba terawal di Malaysia yang dimiliki oleh Puan Rozita Ibrahim. Produk pelangsingan badannya pernah menjadi fenomena satu masa dulu apabila pengasasnya sendiri menjadi testimoni untuk produknya itu.

Walaupun kini Puan Rozita mengeluarkan produk herba barunya iaitu Ratu Jamu Malaya, dia masih memantau Sendayu Tinggi yang diambil alih oleh anaknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 9

Dida Cosmetics

Dida Cosmetics adalah cetusan idea dua sahabat baik iaitu Tengku Chanela Jamidah dan Didie Nasir. Mereka meminati fesyen dan kecantikan, mahu berkongsi keindahan itu bersama wanita di luar sana.

 

Bagi mereka, kecantikan bukan hanya tentang produk tetapi Dida mahu memberi keyakinan diri buat wanita menerusi kosmetik yang berkualiti dan mampu milik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENAMA MALAYSIA 10

Empro

Ia diasaskan oleh ikon industri kecantikan tersohor negara iaitu seorang jejaka bernama Prof. Dr. Coco Alex Yeoh. Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam industri kecantikan terutamanya menerusi facial art.

Daripada kepakaran itu, beliau terjemahkan menerusi penciptaan alat solek jenama Empro. Antara produk magisnya ialah celak mata, pensel kening dan maskara.

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Erk! Wajah Cantik Tapi Kaki Hodoh — Ini TIPS Pelihara Kuku Kaki Anda, Barulah Molek Kalau Buka Kasut

  • Seterus →

    Cantiknya Solekan Biru Salju Ala SARAH HILDEBRAND! — Jom Gadis Berhijab, Anda Perlu Cuba Gaya Ini