Jun 15, 2017 - 3235

Erk! Wajah Cantik Tapi Kaki Hodoh — Ini TIPS Pelihara Kuku Kaki Anda, Barulah Molek Kalau Buka Kasut

Alangkah sia-sianya berwajah cantik namun kaki hodoh tidak dijaga. Ayuh! Masanya tumpukan perhatian pada hujung kakimu itu. ‘Dia’ juga perlu disolek!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA BUAT ‘PEDICURE’ YANG ANDA PERLU TAHU

Mungkin kedudukannya paling bawah, namun kuku kakimu perlukan belaian tersendiri. Kami ada panduan untuk kalian lakukan sendiri rawatan ‘pedicure' di rumah. Selamat mencuba!

 

LANGKAH 1

Bersihkan kesan kotoran pada kuku dengan putik kapas yang diserap pembersih kuku.

 

 

 

 

 

 

LANGKAH 2

Rapikan dan bentukkan kuku sehingga berpetak atau bujur menggunakan emery board.

 

 

 

 

 

LANGKAH 3

Urut lembut kuku dengan sapuan krim kutikel dan biarkan meresap selama tiga minit.

 

 

 

 

 

LANGKAH 4

Kemudian tolak perlahan kutikel dari permukaan kuku menggunakan penarik kutikel.

 

 

 

 

LANGKAH 5

Aplikasi base coat diikuti lapisan pewarna secara selari. Akhiri dengan lapisan top coat.

 

 

 

 

 

INGINKAN KUKU KAKI CANTIK? PATUHI 6 TIPS PAKAR INI

DO  

Jaga kebersihan dan kelembapan kaki, terutama di bahagian-bahagian tertutup yang sering berpeluh seperti di celah-celah jari dengan menggunakan sabun mahupun bedak khusus anti bakteria.

 

DON’T 

Jangan menggunakan produk yang mengandungi wangian untuk menghilangkan bau tersebut kerana selain sifatnya sementara, ia juga akan menimbulkan bau lain yang lebih tajam.

 

DO 

Selalulah mengganti sarung kaki setelah melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan kaki berpeluh supaya dapat mencegah pembiakan bakteria. Pilih sarung kaki yang diperbuat daripada bahan yang boleh menyerap peluh seperti bahan sintetik.

 

DON’T

Jangan mengulang pakai sarung kaki kerana ia menimbulkan bau yang tidak enak, ia juga menghasilkan bakteria yang merosakkan kuku kaki di mana celahan kuku akan kelihatan hitam ataupun kotor.

 

DO 

Sebaiknya, sediakan beberapa pasang sepatu atau kasut untuk setiap kegiatan yang berbeza. Misalnya, sepatu untuk bekerja tidak digunakan untuk acara santai ataupun berolahraga.

 

DON’T

Hindari sepatu atau sandal yang diperbuat daripada plastik kerana ia membuat kaki cepat panas dan berpeluh.

 

 

 

APA YANG ANDA PERLUKAN UNTUK BUAT 'PEDICURE'?

'Nail Buffer'

Bagus Untuk: Mengilatkan kuku supaya permukaan kuku lebih licin dan bersinar-sinar. 

 

 

 

 

Penarik Kutikel

Bagus Untuk: Menolak kutikel secara perlahan daripada permukaan kuku. 

 

 

 

 

'Emery Board'

Bagus Untuk: Membentuk kuku sebelum melakukan 'pedicure'. 

 

 

 

 

 

'Cooling Powdered Foot Gel'

Bagus Untuk: Merehatkan serta menyegarkan kaki yang penat selain melembutkan kulit kaki. 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Baru 20 TAPI Kulit Berkedut Macam Mak Cik Usia 40-an? Baca TIPS Ini Sebelum Terlambat

  • Seterus →

    10 Jenama Kosmetik Karya ANAK MALAYSIA yang Anda Mungkin Tidak Tahu —Ini Kisah Hebat Pengasasnya!