Dec 05, 2016 - 92822

17 Tips Kekal Awet Muda Tanpa Keluarkan Kos yang Mahal, Tips No. 15 Paling Berkesan

Kekalkan keremajaan diri agar tokokan usia bukan kebimbangan lagi. Ikuti tips ini, selamat mencuba!

 

Oleh: Afiza Kamrulzaman 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

1. Sentiasa gembira

Apa sahaja yang berlaku pada fizikal bermula daripada dalaman. Tawan stres dengan aktiviti yang memberi kelegaan seperti meditasi, bersenam dan bersamalah dengan orang yang akan menggembirakan. 

 

2. Makan sayur

Kerosakan pengoksidaan berpunca daripada toksik dan metabolism menyumbang kepada proses penuaan pada peringkat sel. Makanan tinggi antioksidan (bukan daripada makanan tambahan) mampu melindungi kamu daripada tekanan pengoksidaan. 

 

3. Hindari gula

Inilah bahan penyebab tua yang jelas dan nyata sekali, ia mengurangkan rentangan organisma daripada yis ke primat. 

 

Sumber foto: uprint.id

 

4. Tidur

Tidak perlu dijelaskan panjang lebar kerana jika dilihat sahaja keadaan seseorang yang tidak cukup tidur, kamu dapat jawapannya! 

 

5. Makan ikan

Bukti menunjukkan asid lemak Omega-3 yang terdapat dalam ikan sangat bagus untuk kulit. 

 

6. Makan buah

Buah kaya dengan antioksidan dan Vitamin C, ia juga sebagai agen menyalurkan hidrasi kepada kulit. 

 

Sumber foto: www.lahiya.com

 

7. Ambil Vitamin D

Sesetengah pakar menyarankan pengambilan Vitamin D kerana ia menyumbang kepada memperlahankan proses penuaan. 

 

8. Kacang dan lentil

Jadikan makanan kegemaran kerana ia kaya dengan sumber mineral yang melembapkan kulit. 

 

9. Teh

Dan bukannya kopi untuk minuman pada pagi hari kerana selain punya antioksidan dan komponen antikanser, ia juga dapat melegakan stres yang kamu alami. 

 

Sumber foto: tokomesinkelapa.com

 

10. Kurangkan karbohidrat

Sama seperti gula, karbohidrat yang berlebihan terutamanya daripada sumber makanan proses menyumbang kepada penuaan dan kegemukan. 

 

11. Kurangkan produk tenusu

 Ada kajian menyatakan bahawa penuaan kulit juga boleh berpunca daripada banyaknya mengambil produk tenusu. 

 

12. Kurangkan daging proses

 Kerana ia ternyata menyumbang kepada begitu banyak masalah dalam badan.

 

13. Minyak kelapa

Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga antara bahan yang bagus untuk kulitmu. Walaupun belum ditemui bukti kukuh, namun rantaian lemak asid medium yang terdapat dalam minyak masak punya kebaikannya yang tersendiri. 

 

Sumber foto: media3.s-nbcnews.com

 

14. Kardio

Kita tahu aktiviti kardio memberi manfaat dalam menurunkan berat badan, dan bagus untuk kesihatan vaskular. Ia harus dilakukan secara tetap. 

 

15. Kurangkan angkat kening

 Dan mengerut dahi kerana semakin kamu lakukannya, semakin jelas tanda yang kamu tinggalkan pada bahagian dahi. 

 

16. Kurangkan menonton televisyen

Apa faedahnya kepada tubuh dan matamu? Cukuplah hanya dua ke tiga jam dalam sehari dan bukan seharian! 

 

17. Pelembap

Kulit kering pendorong kepada penuaan dan pelembap adalah azimat penting untuk mengelakkan kekeringan kulit yang meninggalkan kesan kusam. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    "Sering Kena 'Reject' Dengan Produksi disebabkan Fizikal Tidak Sesuai Watak, Ilya Ubah Kecantikan Diri Menjadi…” — Raja Ilya

  • Seterus →

    19 Tips Solekan ‘Nude’ Wanita Berhijab Paling Ringkas yang Anda Perlu Tahu