Dec 04, 2016 - 15569

"Sering Kena 'Reject' Dengan Produksi disebabkan Fizikal Tidak Sesuai Watak, Ilya Ubah Kecantikan Diri Menjadi…” — Raja Ilya

Memiliki wajah cantik, tubuh ‘solid’, menjadikannya antara yang diramal mengungguli takhta primadona drama Melayu. Sejauh mana kecantikannya setara bakat yang diperlukan?

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

Kredit foto: Astro View

 

ILYA punya susuk tubuh yang menggiurkan. Adakah Ilya berusaha keras untuk itu?

Bukan mudah untuk kita katakan ia anugerah Tuhan semata-mata. Kalau tanpa disiplin dan memeliharanya, ia akan ‘musnah’ juga. Ketika remaja, Ilya seorang yang chubby. Ilya dulu seorang yang lasak, jadi bab kecantikan memang tak dipeduli. Selepas ditawar beberapa tawaran, baru Ilya tersedar perlunya Ilya mula menjaga diri. Jujurnya, Ilya memang menjaga diet. Ilya hanya makan nasi dua hingga tiga kali sebulan dan Ilya memang kurang makan.

Agaknya, sudah terbiasa dalam mind set, jangan makan, nanti gemuk! Hahaha... Ilya banyak ambil buah seperti betik dan jambu dan minum banyak air putih. Menu Ilya selalunya bihun, capati dan roti sahaja. Cuma, Ilya peminat 'junk food' dan tak boleh hidup tanpa coklat. Ehhh, tapi janganlah ikut cara diet Ilya ini kerana banyak yang tak betulnya (ketawa). Daripada segi senaman, Ilya melakukan senaman ringan sahaja seperti squat, berenang dan berjalan kaki. Tidak untuk jogging! 

 

 

Bagaimana boleh tersedar untuk merubah rutin kecantikan diri itu?

Selepas kerap kena reject oleh produksi disebabkan fizikal yang tak sesuai dengan watak. Contohnya, heroin memiliki tubuh yang besar, nampak tua dan sebagainya. Ilya jenis yang suka mengambil berat pandangan orang luar.

Tak perlu tanya kawan-kawan terdekat atau keluarga, kerana pendapat mereka ada kalanya sekadar menjaga hati. Jadi, pendapat orang yang tidak dikenali inilah yang biasanya memandang kita secara tepat. Kalau orang kata Ilya nampak tua misalnya, Ilya akan cuba warna rambut. 

 

 

Ilya juga memiliki rambut yang cantik, rahsianya? 

Ilya jenis yang suka mengulang tonton lakonan Ilya sendiri di televisyen. Dari situ, Ilya lihat kekurangan yang ada. Setelah beberapa lama, Ilya tersedar betapa pentingnya rambut bagi seorang wanita terutama pelakon. Syukur, rawatan rambut Ilya ditaja oleh Rugosa Health & Beauty. Serum rambutnya sangat bagus. Dua kali sebulan Ilya melakukan scrub treatment yang bagus untuk kulit kepala. 

 

 

Apa petua kecantikan yang ingin Ilya sarankan kepada pembaca InTrend?

Pakailah krim malam setiap malam kerana ia sangat penting untuk memulihkan kulit saat kita tidur dan setialah kepada krim itu (yang sesuai) untuk beberapa tahun bagi memberi keserasiannya kepada kulit. Jangan kedekut untuk melabur pada rawatan gigi. Kalau dulu ya mahal tetapi sekarang kos merawat gigi jauh lebuh murah. Gigi sangat penting!

Jangan lupa serum rambut yang terbaik. Untuk badan pula, pilih gel mandian yang berkualiti. Oh, bercakap tentang gel mandian, insya-Allah, tak lama lagi Ilya bakal mengeluarkan jenama gel mandian sendiri. Resepinya diberikan oleh seorang teman dari Switzerland. Kisahnya bermula apabila dia memperkenalkan kepada Ilya krim badan yang dibuatnya sendiri menggunakan bahan semula jadi.

Krimnya sungguh menakjubkan! Dari situ, Ilya terfikir untuk menjadikannya gel mandian. Semua formula sudah dihantar ke makmal untuk diuji kaji. Kalau tiada aral, ia akan dilancarkan tahun ini juga. 

 

 

Pendapat Ilya terhadap wanita yang obses cantik sehingga melakukan rawatan alternatif seperti suntikan dan pembedahan?

Terpulang. Jangan cepat menghukum. Adakala, ia perlu mengikut kerjaya seseorang itu, contohnya selebriti. Selagi ia tidak memudaratkan dan tidak mengubah kejadian, tak salah. Kalau dulu, mungkin ia agak meragukan dan bahaya tetapi dengan kecanggihan teknologi hari ini, jika kita pergi ke tempat yang betul, ia memberikan hasil yang memuaskan dan tidak memudaratkan.  

 

 

Ilya memandang seseorang itu cantik... 

Kalau dulu (ketika belum matang), melihat saja orang cantik terus kata wow! Tetapi kini, dengan kematangan dan pengalaman bertemu pelbagai jenis orang, bagi Ilya secantik mana pun seseorang itu kalau perangainya ‘out’, terus hilang kecantikannya itu. Percayalah, kecantikan itu bermula dengan attitude yang baik. 

 

 

Kredit foto: Astro View 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    9 Primadona Jalan Ampas Paling Cantik! Tak Perlu Botoks, Tak Payah Edit Gambar Tapi Ya Ampun Lawanya…

  • Seterus →

    17 Tips Kekal Awet Muda Tanpa Keluarkan Kos yang Mahal, Tips No. 15 Paling Berkesan