Jun 22, 2015 - 166
TIMUN
Dalam 95 peratus kandungan air, secawan hirisan timun hampir menyamai segelas air. Timun juga menyumbang kepada sedikit fiber dan Vitamin C.
SALAD HIJAU
Dua cawan salad hijau mengandungi 90 peratus air dan diperkaya dengan nutrien seperti Vitamin C, fiber dan antioksidan beta keratin.
STRAWBERI
Buah paling banyak mengandungi Vitamin C dalam kalangan buah beri dan memiliki 91 peratus air. Ia juga kaya dengan folate dan Vitamin B.
BETIK
Dengan kandungan 88 peratus air, ia membantu kamu kekal hidrat. Secawan betik memberikan tiga gram fiber untuk 55 kalori.
TEMBIKAI
Mengandungi 92 peratus air dan sumber terbaik untuk Vitamin C, lycopene dan antioksidan yang juga membantu melindungi penyakit hati dan kanser
YOGURT
Yogurt biasa mengandungi 85 hingga 88 peratus air dan lebih lagi bagi fuller-fat yogurt. Tentunya juga kaya dengan kalsium, Vitamin B12 dan riboflavin.
BUTTERNUT SQUASH
Buah manis ini mengandungi 88 peratus air. Secawan isinya mampu menggalakkan lebih 400 peratus Daily Value untuk Vitamin A.