Sep 11, 2014 - 21

Comel Bercekak

Pintal sahaja rambut menjadi satu gugusan dan sisipkan cekak

DARI-SISI.jpg
DARI-BELAKANG.jpg
Pintal sahaja rambut menjadi satu gugusan dan sisipkan cekak. Pilih cekak yang mempunyai motif reben atau bunga supaya keseluruhan dandanan lebih menonjol.

  1. Ikat rambut dengan stail ponytail secara menyerong. Elakkan daripada mengikat terlalu ketat untuk memudahkan ia dipintal.
  2. Kemudian masukkan gelung dandanan ke dalam ikatan ponytail tadi.
  3. Inilah imej yang terbentuk selepas rambut dipintal menggunakan gelung dandanan tadi. Bahagikan rambut kepada dua bahagian dan pintal gugusan rambut hingga ke hujungnya.
  4. Pintalkan juga gugusan rambut tadi dan satukan kedua-dua gugusan rambut.
  5. Satukan gugusan rambut menjadi satu ikatan dan ikat dengan getah rambut. Bagi memastikan helaian rambut lebih licin layangkan spray supaya keseluruhan dandanan lebih kemas.
  6. Langkah akhir, letakkan cekak motif reben sebagai aksesori agar dandanan lebih berseri.


Foto: Udin
Solekan & Dandanan: Eva Shahrul
Model: Nurul Ain
Pakaian & Aksesori: Mooie

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  tipsrambut

  • ← Sebelum

    50 Item Cantik Terbaik 2012!

  • Seterus →

    Comel Bercekak