May 26, 2016 - 36

[EKSKLUSIF!] Rahsia Kulit Cerah Berseri Dengan SK-II

Tahukah anda, semenjak ia mula diperkenalkan lebih 30 tahun yang lalu, SK-II Facial Treatment Essence melonjak menjadi antara produk...

SK-II-instagram.jpg

Sk-II Facial Treatment ESSENCE
Tahukah anda, semenjak ia mula diperkenalkan lebih 30 tahun yang lalu, SK-II Facial Treatment Essence melonjak menjadi antara produk PALING LARIS dari rak kecantikan SK-II? Apakah rahsianya sehingga ia menjadi rebutan wanita seluruh dunia?  

SK-II Facial Treatment Essence dirumus daripada formula yang dikuasakan dengan lebih 90% Pitera™. Ia bertindak terus terhadap lima dimensi kecantikan kulit iaitu tekstur, seri, daya keanjalan, kawalan bintik hitam dan ketahanan terhadap kedutan. Formula unggul ini tidak berubah sejak tiga dekad lalu. Inilah kunci utama, menjadikan produk ini terus menerima sambutan luar biasa semua wanita yang mengidami kulit cerah berseri-seri walaupun sejarah penciptaannya telah lebih 30 tahun berlalu. Wanita seluruh dunia mengenalinya sebagai ‘Miracle Water’ kerana keajaibannya menyerlahkan keserian kulit secara semula jadi, tiada tandingan.   

TIPS InTrend: Basahkan kapas muka anda dengan SK-II Facial Treatment Essence. Gunakan kepingan kapas muka berkemasan rata supaya tidak ada cebis-cebis serat kapas yang melekat pada muka anda. Sapu lembut pada seluruh wajah. Jika kapas yang anda gunakan selepas mengaplikasinya pada seluruh kulit muka masih lembap, anda boleh menyapukannya pada daerah leher pula.

 

Sk-II Facial Treatment Clear Lotion
Tahukah anda, langkah menggunakan SK-II Facial Treatment Clear Lotion adalah sangat vital dan penting dalam menyediakan kulit anda untuk rutin kulit yang berikutnya? SK-II Facial Treatment Clear Lotion merupakan sejenis losen toning yang dirumus sempurna daripada AHA dan Pitera™, berfungsi untuk mengeksfoliasi sel-sel kulit mati dan kekotoran yang menjadi punca tekstur kulit kasar, malap dan tidak bermaya. Dengan formula menjernihkan kompleksi kulit, ia menyediakan kulit wajah anda untuk rutin berikutnya.

TIPS InTrend: Anda disaran menggunakan bebola kapas yang bersih apabila mengaplikasi SK-II Facial Treatment Clear Lotion. Lebih sempurna jika kulit telah dicuci bersih terlebih dahulu dengan pembersih muka. Seelok-eloknya, aplikasikan pada kulit wajah selepas mandian (pagi dan petang).     

 

SK-ii Facial Treatment MASK
Jika anda mahukan keserian kulit serta-merta bagaikan kristal, maka inilah jawapannya. SK-II Facial Treatment Mask merupakan perawatan masker secara intensif, ia merangsang pelembapan sambil menghidratkan kulit dengan ramuan bintang, Pitera™. Masker ini sesuai digunakan semua jenis kulit, menghasilkan kompleksi kulit yang cantik bermaya, segar, licin dan berseri-seri dengan pantas.

Tahukah anda, Pitera™ terhasil daripada proses penapaian yis yang unik? Yis ini mengandungi vitamin, asid amino, mineral dan asid organik yang saling bertindak balas untuk membolehkan proses rejuvanasi permukaan kulit berlangsung secara optimum. SK-II Facial Treatment Mask diperbuat daripada 100% cotton substrate, direka khusus untuk ‘memegang’ dan menampung sejumlah Pitera™ sambil meminima proses evaporasi lantas membantu kulit menyerap lembapan. Potongan dan lekuk masker ini amat menepati kontur wajah. Maka tiada masalah untuk ia menyaluti zon-zon tertentu wajah seperti lekuk sekitar bibir dan sekeliling mata lalu memindahkan Pitera™ agar ia meresapi kulit secara maksimum. 

TIPS InTrend: Gunakan SK-II Facial Treatment Mask hanya pada kulit yang bersih dan bebas daripada solekan. Letakkan masker dengan rapi pada bahagian mata terlebih dahulu, kemudian rata-ratakan bahagian lain pada seluruh wajah. Biarkan selama 20 minit, kemudian tanggalkan. Anda digalakkan menyimpan masker ini di dalam peti sejuk buat seketika untuk memberi cooling effect yang nyaman buat kulit apabila anda memakainya. Selamat mencuba!   

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  SKll