Jan 07, 2015 - 58

Tip Solekan Tanpa Bulu Mata Palsu

Ramai yang kelihatan lebih memukau jika bulu mata lebat dan kelihatan neutral. Tetapi, ramai di antara wanita yang rimas dengan penggunaan nya...

Bulu mata merupakan ibarat nadi dalam teknik solekan. Masakan tidak, ramai yang kelihatan lebih memukau jika bulu mata lebat dan kelihatan neutral. Tetapi, ramai di antara wanita yang rimas dengan penggunaan bulu mata palsu. Mungkin kerengsaan ini menjadikan anda tidak yakin untuk berhadapan dengan ramai orang. Jadi untuk mencantikkan bulu mata agar kelihatan lebat tidak cukup sekadar maskara sahaja. Jom, InTrend ajarkan cara tepat untuk miliki bulu mata lebat tanpa bulu mata palsu.
Eyelashes_-_Mascara.jpg
Pelentik bulu mata
Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan alat ini juga penting semasa sebelum proses aplikasi maskara. Letakkan pelentik bulu mata betul-betul dekat dengan akar bulu mata tapi jangan sampai terkepit kulit. Pam perlahan -lahan dan tahan selama beberapa saat.

Serbuk eyeshadow
Layangkan sedikit serbuk eyeshadow di bahagian bulu mata palsu. Kebiasaan nya rona yang di guna ialah warna gelap bagi menyesuaikan dengan warna maskara yang akan di bilas. Fungsi serbuk eyeshadow adalah untuk membantu impak lebat bagi bulu mata anda.
IMG_1418.jpg
Aplikasi maskara.
Terdapat cara yang betul untuk aplikasi maskara. Bagi bulu mata bahagian atas, pastikan anda layangkan maskara secara zig zag. Ini bagi memudahkan proses melentikkan bulu mata bahagian atas. Bagi bahagian bawah pula. Gunakan penghujung berus maskara dengan calit kan dengan sempurna satu persatu untuk impak yang lebih memukau.
 
Tips membersihkan maskara
Bersihkan maskara sebelum tidur. Maskara antara alat mekap yang susah ditanggalkan terutama jenis kalis air.
Guna putik kapas, celup dengan jeli petroleum (Vaseline) atau minyak zaitun dan bersihkan dengan teliti. Sisa maskara yang tidak dibersihkan dengan betul boleh membuatkan bulu mata jadi rapuh dan tercabut.

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    6 Solekan Tips Solekan Norjuma Habib

  • Seterus →

    Tip Solekan Tanpa Bulu Mata Palsu