Jun 28, 2018 - 18340

“Sebab Itu Saya Tak Gila Mekap” — Azira Shafinaz Kongsi Tragedi di London, Ini Pengajaran Untuk Anda

Memiliki kulit cantik adalah satu bonus. Azira Shafinaz antara selebriti tempatan yang memiliki kulit wajah yang cantik. Nak tahu rahsia kecantikannya, baca ini.

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

APABILA saya katakan dia lincah, maksudnya dia semakin laris dalam pasaran industri hari ini. Bukan sekadar memenuhi tanggungjawab kerja utama sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara Azira Shafinaz juga dilihat kerap diundang ke beberapa majlis penting di ibu kota, menunjukkan kehadirannya sentiasa mencuri tumpuan.

 

Walaupun kerap terdedah dengan aktiviti lasak dan sangat aktif, Azira masih punya kulit wajah yang cantik. Menurut Penolong Pengurus Perhubungan Awam Kiehl’s Malaysia, Aina Mazril, Azira antara peminat tegar produk penjagaan kulit ternama dari New York itu, Kiehl’s.

 

Boleh dikatakan regim penjagaan kulitnya terdiri daripada produk itu. Patutlah sempurna sahaja wajahnya walau dihambat keletihan berasak sepanjang hari. Jom, kita baca apa lagi rahsia cantik Azira yang akan keluar dengan single keempat bersama DeFam selepas raya nanti!

 

 

 

 

 

 

 

Apa rahsia di sebalik kulit wajah yang mulus itu?

Azira sememangnya menitikberatkan penjagaan kulit dari dulu lagi. Rutinpenjagaansepertimencuci, menyegar, sapuan krim mata, treatment essence dan beberapa jenis serum dan pelembap adalah aturan penjagaan Azira setiap hari.

 

Tidak ketinggalan sun block juga untuk melindungi kulit pada siang hari, sementelah Azira seorang yang selalu beraktiviti di bawah sinar matahari. sapukan juga acne gel jika perlu dan menggunakan pupur setiap dua ke tiga kali dalam seminggu.

 

 

 

 

 

 

Punya masa ke salun atau spa untuk memanjakan diri?

Masa itu harus diatur walau sesibuk mana pun tugasan seharian kita. Azira cuba untuk luangkan setidak- tidaknya sekali sebulan untuk lakukan rawatan muka dan jika berkesempatan, turut berurut di spa.

 

Antara rawatan wajah yang Azira akan lakukan ialah oxygen facial atau hydration untuk mengembalikan keanjalan wajah dan menyerikan kembali wajah yang kusam akibat terdedah pada sinar UV, pencemaran dan solekan yang tebal saban hari.

 

 

 

 

 

 

 

Katanya, Azira peminat tegar produk penjagaan kulit Kiehl’s, mengapa?

Ya, Azira sudah lama jatuh cinta dengan Kiehl’s sebelum bergelar penyanyi lagi. Kalau tidak salah, sejak lima enam tahun lalu. Sebelum ini, Azira ada mencuba beberapa jenama lain dan kebanyakannya memberikan iritasi akibat penggunaan bahan kimia di dalamnya.

 

Berbeza dengan Kiehl’s, formulanya sangat lembut pada kulit dan sesuai untuk wajah Azira. Apa yang Azira dan orang lain perasan, kulit Azira lebih cerah, pori mengecil dan tidak kering. Itu yang buat Azira terus melekat bersama Kiehl’s hingga kini.

 

 

 

 

 

 

 

Tiga produk kegemaran Kiehl’s kegemaran Azira?

Pertama, Calendula Toner kerana toner sangat penting dalam regim penjagaan kulit. Jika tidak, kita sapu apa pun pada kulit formulanya susah untuk memberi kesan. Kedua, Apothecary Serum yang dibuat khas mengikut keperluan kulit seseorang.

 

Azira memilih formula untuk tekstur dan pencerahan. Ketiga, Creamy Eye Treatment with Avocado yang membantu masalah gegelang hitam bawah mata Azira.

 

 

 

Ada rupa, berbakat menari, menyanyi, berlakon dan mengacara, tidakkah Azira berasakan Azira punya pakej yang lengkap sebagai selebriti?

Mahu dikatakan pakej lengkap, tidaklah juga. Ada juga kekurangan yang lainnya. Segala bakat yang ada adalah rezeki bagi Azira. Selagi ia boleh memberi manfaat kepada industri, Azira bersyukur dan berharap ia anugerah yang tidak akan Azira sia-siakan.

 

 

 

 

 

 

Dalam keadaan ‘malas’, apakah rutin di meja solek sebelum keluar rumah?

Azira boleh hidup tanpa solekan tebal. Cukup dengan penjagaan kulit lengkap yang Azira katakan tadi. Ditambah dengan tabir suria dan jika ada cela seperti jerawat Azira akan sapu gel tambahan. Dantutupsedikitdenganconcealer. Paling penting, lip balm untuk elak bibir kering.

 

 

Pernahkah berdepan dengan masalah kulit paling kritikal?

Ya, pernah! Ketika Azira belajar di London pada tahun 2014. Kulit bertindak balas dengan air di sana yang membuatkan kulit Azira jadi sangat teruk. Teruk yang tidak boleh Azira ceritakan.

 

Jadi, Azira perlahan-lahan lakukan facial dan menggunakan produk berumusan bahan semula jadi. Kiehl’s antara yang sesuai dengan kulit Azira. Dan, sekarang masalah kulit ada juga sesekali seperti muncul jerawat-jerawat kecil terutamanya pada ketika datang haid. Ini disebabkan oleh masalah kitaran hormon.

 

 

 

 

 

 

 

Lebaran bakal menjelang tidak lama lagi, apa juadah kegemaran dan berapa pasang baju tahun ini?

Oh, raya tahun ini mungkin tidak sama lagi dengan yang dulu-dulu kerana arwah nenek baru saja meninggal dunia pada Februari lalu. Kami sekeluarga pasti merindui kuah kacang dan rendang air tangan nenek kerana itu yang akan kami jamah setiap kali tibanya lebaran.

 

Untuk baju raya, biasanya Azira sediakan dua atau tiga pasang sahaja. Azira bukanlah terlalu obses untuk bersalin baju berhari-hari kerana kami beraya di Kuala Lumpur sahaja. Biasanya, baju raya hanya Azira pakai pada pagi raya dan ketika menziarahi saudara-mara sahaja. Selebihnya, sarung pakaian yang biasa-biasa sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Amal Pakai Bedak Sejuk dan Skrub Muka — Ini Rahsia Kecantikan Paling Mujarab bagi NAD ZAINAL

  • Seterus →

    Empat Wajah Aktres ‘5 Bintang’ disolek Taraf Primadona— Anda Mesti Tiru!