May 24, 2018 - 1

Amal Pakai Bedak Sejuk dan Skrub Muka — Ini Rahsia Kecantikan Paling Mujarab bagi NAD ZAINAL

NAD ZAINAL Si kecil-molek dari zaman anak dara hinggalah sudah bergelar ibu. Tidak banyak berubah, sama sahaja rupa parasnya.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

BERTUAH dikurniakan tubuh kecil-molek, kata orang usia bertambah banyak mana pun kekal awet muda. Walaupun beberapa ketika selepas berumahtangga, aktiviti seninya agak perlahan, namun Nad sebenarnya punya kualiti lakonan yang sangat bagus.

 

Gaya lakonannya tersendiri tanpa perlu menjadikan siapa-siapa sebagai pendua. Suka saya melihat watak lakonannya bernama Nelly dalam siri komedi, Girlfriendku dari Neraka. Melakonkan watak komedi tidak mudah tetapi itulah yang berjaya digalas oleh Nad Zainal.

 

Terbaru, ibu comel kepada seorang putera ini baru sahaja selesai penggambaran drama raya, Raya Timah Raya Tina dan akan memasuki set drama raya Semanis Madu untuk Astro bersama Nabil Ahmad di bawah arahan Adlin Aman Ramlie.

 

Oh, tidak sabar mahu menontonnya pada bulan Syawal nanti. Walaupun orangnya simple tetapi jangan tidak tahu, Nad sebenarnya seorang yang amat prihatin terhadap kecantikan dan kesihatan diri.

 

Jika tidak, masakan dia kini bergelar pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Audela. Mahu tahu lebih lanjut, kita tanyakan Nad sendiri.

 

 

 

 

 

 

Semakin cemerlang sebagai pelakon komedi, adakah Nad benar-benar rasa puas apabila membawakan watak sedemikian?

Sebagai pelakon, kita perlu sentiasa bersedia membawakan apa jua watak yang diberi. Saya tidak kisah mencuba apa sahaja watak yang ditawarkan. Namun, kepuasan akan lebih terasa jika saya membawakan watak-watak yang berat. Tidak salah sesekali mencuba sesuatu yang baru dalam perkembangan kerjaya kita.

 

 

Siapakah pelakon komedi kegemaran Nad?

Will Ferrell dan Melissa Mc Carthy. Mereka pandai memainkan pelbagai watak dan tidak terlihat trying so hard. Seadanya tetapi cukup versatil.

 

 

 

 

 

 

 

 

Boleh kongsikan tentang produk kecantikan yang diusahakan?

Ya,sudah dua tahun Nad mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan, Audela di pasaran. Setakat ini, Audela memiliki tiga produk yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

 

Alhamdulillah, walaupun baru dua tahun, orang kata masih dalam fasa bertatih, tetapi Audela sudah pun berjaya menembusi pasaran Singapura, Brunei, Korea dan United Kingdom. Kami menyasarkan untuk menjengah pasaran Indonesia pula tidak lama lagi. Doakan semoga Audela berjaya ya.

 

 

 

Apa pendapat Nad tentang industri kecantikan tempatan sekarang?

Semakin meriah dan berkembang pesat dengan kemunculan ramai selebriti dan instafamous yang turut menceburi bidang kecantikan ini. Saya melihat ia sebagai perkembangan yang baik kerana lebih banyak pilihan kepada pengguna. Namun, harus diingat juga, kualiti produk mesti diutamakan demi menjaga keselamatan pengguna.

 

 

 

 

 

 

 

Namun, ramai juga selebriti yang gagal bertahan sebagai usahawan produk, komen Nad?

Salah satu puncanya adalah kurangnya ilmu. Dalam perniagaan, populariti bukanlah jaminan sesuatu produk itu akan laris. Sesuatu yang perlu kita ingat, jika kita menyandarkan nama kita sebagai selebriti sebagai taruhan dalam bisnes, fikirkan, apabila kita sudah tidak lagi dikenali, produk juga tidak akan bertahan.

 

Namun, jika produk itu lari daripada yang lain dan berkualiti, tanpa populariti kita , produk itu boleh pergi jauh.

 

 

 

 

Bagaimana rutin kecantikan harian Nad?

Dua kali seminggu, saya akan melakukan skrub muka. Jika sepanjang hari saya mengenakan solekan tebal, malamnya saya akan memakai bedak sejuk untuk memberi kelegaan kepada kulit dan menutup kembali pori-pori kulit kerana saya mempunyai kulit yang sensitif.

 

Untuk penjagaan badan pula, saya amalkan minuman kesihatan Audela dan mengambil Hithion untuk memelihara kulit dan mengawal berat badan. Tidak ketinggalan, saya turut lakukan cardio workout selama 20 minit.

 

 

 

 

 

 

 

Apa pendapat Nad tentang kecantikan menerusi jalan singkat?

Semuanya bergantung pada ‘luck’. Jika anda serasi dengan sesuatu produk atau rawatan itu dan ia tidak berbahaya, mengapa tidak? Namun, nama pun jalan singkat kan, kebiasaannya akan ada komplikasi.

 

Rujuklah kepada pakar yang bertauliah terutamanya yang melibatkan pembedahan plastik dan yang seangkatan dengannya. Tidak salah untuk berbelanja untuk kecantikan kerana hasilnya nanti di kemudian hari pasti menguntungkan.

 

 

 

Definisi cantik pada Nad?

Bersiap kemas, up to date dengan perkembangan dan isu fesyen semasa, sentiasa well prepared tetapi tidak keterlaluan. Itulah yang membuat anda tampil cantik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Saya Minum Teh Hijau atau Teh Hitam” — Ini Rahsia Kekal Langsing ADELINE TSEN, Baca Ini

  • Seterus →

    “Sebab Itu Saya Tak Gila Mekap” — Azira Shafinaz Kongsi Tragedi di London, Ini Pengajaran Untuk Anda