Aug 19, 2016 - 3392

Gadis Ini Tidak Cuci 'Make-up' Pada Wajahnya Selama 2 Tahun, Ini Akibatnya…

Min Bae mula berjinak-jinak dengan solekan sejak usianya 14 tahun. Ketika itu, Min tidak boleh melihat wajahnya di cermin tanpa solekan.


GAMBAR : 
 

OLEH kerana terlalu obses dengan kecantikan, gadis yang berasal dari Korea Selatan ini TIDAK PERNAH menanggalkan solekannya selama DUA TAHUN!

Percayakah anda?

Pasti janggal bukan apabila wajah yang harus bebas daripada sebarang lapisan bedak pada waktu malam, dibiarkan begitu saja sehingga waktu tidur! Namun hal ini bukanlah perkara yang asing bagi gadis yang bernama Min Bae. 

Min Bae mula berjinak-jinak dengan solekan sejak usianya 14 tahun. Ketika itu, Min tidak boleh melihat wajahnya di cermin tanpa solekan, oleh itu dia dengan sengaja membiarkan warna-warna solekan itu melekat pada kulit mukanya hingga esok hari.

Hai, pelik betul!

“Saya sentiasa ingin kelihatan cantik, SETIAP MASA. Malah ketika tidur pun saya akan biarkan solekan saya kekal... supaya saya kelihatan cantik keesokan harinya," ujar Min.



Ibu Min mula berasa bimbang terhadap sikap pelik anaknya lalu menghubungi station TV tempatan untuk membantu menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh anaknya. 

Selepas membuang solekan di wajah selepas 2 tahun. Doktor mendapati tekstur kulit wajahnya kelihatan tua berbanding usianya. Ini kerana bahan kandungan yang terdapat dalam produk solekan bukanlah bersifat memulihkan malah ia hanya mampu menutup kesan cela pada masa yang singkat. 



[TIPS!] Kepentingan 'Make-up Remover' yang Anda Wajib Tahu 

  • Anda perlu tahu bahawa anda memerlukan make-up remover jika inginkan kulit betul-betul bersih setelah seharian mengenakan solekan. Ia sangat penting untuk mengelakkan pori-pori wajah tersumbat dengan kotoran dan sebum. 

  • Namun begitu, realitinya, kulit wajah kita sememangnya sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis kotoran, antaranya bahan solekan, air, udara mahupun sentuhan tangan kita sendiri. Bersihkan  wajah anda dengan pencuci. Make-up remover sangat penting untuk menghilangkan kekotoran ini dengan lebih efektif. 

  • Namun begitu, penggunaan make-up remover sekali sehari sebelum tidur sudah memadai terutamanya buat anda yang memiliki jenis kulit yang nipis. Adalah tidak bagus jika anda mencuci wajah dengan terlalu kerap.


SUMBER: 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  minbae

  • ← Sebelum

    Ini yang Akan Terjadi Pada Bibir Anda Jika Menggunakan Gincu Palsu!

  • Seterus →

    [TIP CANTIK] Teknik Menutup Noda dengan Cara Paling Pantas