Jan 18, 2017 - 46827
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Sumber foto: Instagram Arkib InTrend Malaysia
SAYA antara beratus ribu followersnya di Instagram. Suka melihat aktiviti sehariannya. Daripada gambar selfie sampailah ke hal semasa menguruskan perniagaannya, dia sentiasa tahu setiap apa yang dimuatnaiknya.
Terbaru, Nina Sabrina Ismail Sabri sibuk dengan perniagaan salun rambutnya, Capello by Nina. Ia sungguh menarik perhatian saya untuk membawanya ke ruangan ini agar dapat berkongsi misi perniagaan kecantikannya yang kini sudah membuka tiga cawangan di Seksyen 7, Shah Alam, Seksyen 9, Bangi dan Ampang.
Sumber foto: Instagram
Tidak ramai usahawan Melayu yang terjun dalam perniagaan rambut, kenapa salun menjadi pilihan Nina?
Salun ini lebih memfokuskan kepada wanita berhijab. Setahun sebelum, Nina melakukan research dan mendapati kebanyakan wanita berhijab tidak tahu ke mana mereka harus pergi untuk mendapatkan rawatan rambut mengikut keselesaan dan keperluan mereka.
Bertitik-tolak dari situlah, terbuka hati Nina untuk menyediakan keperluan itu. Di sini, semua hair stylist kami adalah wanita dan hanya pelanggan perempuan yang dibenarkan masuk. Kami menyediakan surau, bilik permainan anak-anak dan ruang privasi untuk ibu bersama anak tanpa sebarang caj tambahan.
Lebih penting lagi, kami menggunakan produk halal iaitu Selective Professional dari Itali berasaskan bahan organik yang pastinya selamat.
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Bagaimana Nina melihat keperihatinan wanita Melayu terhadap penjagaan rambut?
Kebanyakan mereka mempunyai kesedaran betapa pentingnya memelihara rambut terutamanya wanita berhijab. Hakikatnya, walaupun bertudung mereka masih mahu rambut mereka kelihatan sempurna.
Perihal penjagaan rambut bukan semata-mata kerana mahu ‘look good’ tapi lebih kepada kebersihan. Contohnya, kebanyakan wanita berhijab yang sibuk, tidak sempat untuk mengeringkan rambut selepas mencucinya dan terus memakai tudung. Ini menjadikan rambut rosak. Di sinilah, kami sarankan pelanggan mencuba O2 Treatment dan Mineral Infuse yang dapat menyegarkan kulit kepala sambil menjaga kualiti helaian rambut.
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Nina memiliki kulit yang mulus, berapa rumit penjagaan kecantikan kulit Nina?
Jujurnya, Nina menggunakan produk penjagaan kulit paling asas; pencuci, penyegar dan pelembap. Nina ingat pesan ibu yang menyarankan Nina supaya jangan terlalu bergantung dengan begitu banyak produk kerana sekali kita biasakan, kita harus commit dengannya sampai bila-bila. Cukup yang asas dan apabila sudah berusia 40 tahun nanti, barulah lebihkan yang mana perlu.
Petua lain, Nina suka golekkan ais ke muka sebaik bangun pagi dan elakkan mencuci muka menggunakan air suam kerana ia menggalakkan jerawat.
Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia
Bertubuh genit, milik genetik atau memang menjaga?
Kalau ikut genetik mak, memang kami kecil-kecil orangnya. Mak cakap, tak mengapa, sementara muda, ‘enjoy the food’ sebab apabila sudah beranak nanti, automatik badan akan naik. Nina cuma amalkan jus kesihatan seperti Minum Minum dan Im.Pressed. Ia bagus untuk detoks dan kesihatan keseluruhannya.
Solekan ‘signature’ Nina?
Nina sukakan solekan dan warna-warna yang natural seperti dusty pink eyeshadow sudah memadai. Antara jenama mekap pilihan Nina ialah Bobbi Brown, Laura Mercier dan NARS kerana hasil calitan mekapnya yang natural dan praktikal. Bedak kompak, lip gloss dan celak antara yang mesti ada dalam tas tangan!
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sukarkah bergelar isteri kepada pereka fesyen terkenal?
Jovian seorang yang mudah dikendalikan. Tidak cerewet dan mengarah-arah saya untuk pakai itu dan ini. Asal dirinya dijaga elok, itu sudah memadai. Mungkin ada yang ingat, Jovian mesti selalu tentukan apa yang Nina mesti pakai dan tak boleh pakai? Tidak! Dia sentiasa okey dengan apa sahaja yang Nina sarungkan (ketawa).