Mar 31, 2017 - 118985
Sumber foto: Ihsan Khir Khalid
REPUTASI seorang pengantin tidak semata-mata terletak pada sehelai gaun perkahwinan berperincian avant-garde atau layah paling panjang yang intrik. Seperti Nora Danish, 35 yang selamat bernikah dengan lelaki pujangga hati, kemunculannya sebagai ratu sehari di samping Nedim Nazri, 34 — sememangnya telah ditunggu-tunggu sekian lama.
Nora Danish membuat kemunculan dalam majlis pernikahan tertutup semalam di Glasshouse Seputeh, persis bidadari. Wajah bahagia Nora Danish terjelma berseri-seri. Cahaya rembulan seakan bercumbu pada jelapang kulit wajahnya yang jernih, bersinar dikucup rona merah jambu lunak dan kerlip-kerlip keemasan.
Sumber foto: Ihsan Khir Khalid
Sumber foto: Ihsan Khir Khalid
Jari-jemari magis yang telah mempersiapkan wajah Nora Danish semalam adalah milik jurusolek profesional, Khir Khalid. Sentuhan eksklusif Khir Khalid didahagai ramai selebriti wanita Malaysia yang ingin membuat kemunculan kelas pertama di karpet merah dan majlis-majlis anugerah. Hasil kerja luar biasanya diburu ramai Editor Kecantikan untuk mengisi lembar solekan majalah. Dan pupukan demi pupukan foundation sehingga membeningkan kesan kemasan solekan paling asli, lembut, sekata, jernih dan bercahaya — diimpikan pengantin yang ingin menjadi wanita tercantik di dunia pada satu hari yang paling istimewa.
Begitu sekali pengaruh seorang jurusolek berpengalaman besar seperti Khir Khalid yang tidak mencari siapa-siapa. Sebaliknya dikejar dan dirayu untuk menumpahkan maha karyanya kepada wajah seorang wanita.
Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia
Bagaimana Khir Khalid Menyolekkan Wajah Nora Danish?
“Tiada sebarang reference saya gunakan untuk menyolekkan kanvas yang sudah begini cantik seperti Nora,” ujar Khir Khalid. “This is my forte touch. Timeless…”
Menurut Khir, dia hanya menaikkan seri wajah Nora Danish tanpa bergantung banyak pada teknik contouring. Dan yang teristimewa, Khir Khalid langsung tidak menggunakan bulu mata palsu untuk mencipta look tersebut. “Kuncinya adalah menonjolkan kecantikan yang paling asli dan semula jadi. Yang tidak dibuat-buat, tidak kelihatan palsu,” tambah Khir Khalid.
Sumber foto:
Sumber foto: Ihsan Khir Khalid
5 Produk Solekan Pilihan Khir Khalid Untuk Mencipta ‘Look’ Perkahwinan Nora Danish
Khir Khalid memanfaatkan skill solekannya dengan bantuan lima produk istimewa iaitu:
PRODUK 1 Charlotte's Magic Cream SPF15 daripada Charlotte Tilbury
PRODUK 2 Translucent Loose Setting Powder daripada Laura Mercier
PRODUK 3 Sable Eyeshadow daripada M.A.C
PRODUK 4 Mariah Carey x M.A.C Holiday Collection daripada M.A.C
PRODUK 5 Copacabana Illuminator daripada NARS
DENGAN DUA KALI LAFAZ, NORA DANISH SAH MENJADI MILIK NEDIM NAZRI
Ayuh kita saksikan foto-foto perkahwinan merpati dua sejoli ini.
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram