Sep 16, 2016 - 8441

Pengalaman 4 Jurusolek Mempelai: Tatarias dari Orang Umum hingga Kerabat Diraja

Dalam rangkuman solekan pengantin, mereka punya pengalaman berbeza. Sentuhan masing-masing digilai pelbagai lapisan ratu sehari, walau misinya sama –pengantin harus dirias seindah permaisuri!


Oleh:  

 

TATARIAS PENGANTIN DIRAJA 

, antara jurusolek yang selalu mendapat undangan istana untuk mendandankan kerabat diraja pada hari bersejarah mereka, termasuklah dari istana Brunei Darussalam. “Bernard Chandran; individu yang bertanggungjawab membuka pintu istana Brunei untuk saya. Daripada pengalaman pertama menatarias YAM Pengiran Anak Hajah Huda Bahaaul Bulqiah dandanan saya ternyata diterima baik dan seterusnya menjadi pilihan putera-puteri istana itu hingga kini.” 
 

Perasaan Menggeletar Masih Ada 

Walaupun punya pengalaman lebih 15 tahun dalam arena persolekan, namun perasaan gugup tidak dapat dielakkan apatah lagi berdepan dengan ‘insan-insan berdaulat’. “Pengalaman paling tak dapat dilupakan apabila mengangkat sembah kepada Sultan Hassanal Bolkiah yang mencemar duli ke bilik pengantin anakandanya, YAM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Malik."

"Tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu itu. Kemunculan baginda Sultan membawa satu aura luar biasa, mungkin inilah yang dikatakan ‘berdaulat’. Saya jadi gugup untuk memulakan solekan. Saya ambil masa tenangkan diri beberapa ketika,” kongsi Khir ketawa kecil. 

 


Jaga Tingkah, Ikut Protokol 

Khir sempat mentitipkan beberapa nasihat kepada jurusolek yang ingin menjengah istana, “Tugasan kita bukan sekadar menjaga kecantikan solekan, tetapi untuk mendekati mereka, penampilan diri dan protokol harus dipelihara. Jaga perilaku, bicara dan tingkah, agar dialu-alukan kembali.” 

 

TATARIAS PENGANTIN VIP 

SAIDATULNISA antara nama besar jurusolek kelas atasan. Dia menjadi kesayangan kebanyakan VVIP dan VIP sehinggakan Kak Sai (nama timangannya) bukan saja menjadi jurusolek peribadi, malah sahabat dan ada yang menganggap Kak Sai bagaikan keluarga sendiri.

“Alhamdulillah, rezeki. Ada juga yang kata, mungkin Kak Sai perempuan memudahkan Kak Sai mendekati mereka. Bagi Kak Sai, kalau kerja tidak bagus pun, orang tidak suka juga. Paling penting komitmen yang diberikan,” ujarnya mesra. 

 


Mereka Ikut Rentak Siapa? 

“Memang ada bezanya menyolekkan orang biasa dan VVIP. Namun, misi kami sebagai jurusolek tetap sama, mencantikkan mereka sesempurna mungkin. Apabila berpeluang mendepani orang kelas atasan, kita harus bijak membawa diri,” kongsi Saidatulnisa.

Menurutnya, mula-mula dulu, memang terasa kekok, tapi kata orang alah bisa tegal biasa. Lama-kelamaan ia menjadi satu rutin kerja yang mudah diamalkan. “Inikan kerja. Apabila selalu melakukan kerja yang sama, ia menjadi mudah. Paling penting jaga penampilan diri, amalkan sikap ambil tahu apakah panggilan orang yang akan ditemui itu. Banyakkan bertanya.” 

 


33 Tahun Pengalaman Berharga 

Mula bergelar jurusolek sejak 19 tahun menjadi Saidatulnisa lali dengan pahit manis dunia solekan. Katanya, pengalaman itu sangat berharga. Jadikan pengalaman guru paling atas untuk meningkatkan kualiti diri. “Apabila sudah diberi peluang, realisasikannya sebaik mungkin. Jaga kualiti kerja.” 

 

TATARIAS PENGANTIN SELEBRITI 

TIAR ZAINAL, kerap menjadi ‘saksi’ penting dalam perkahwinan artis popular tanah air. Menjadi orang penting dalam mencantikkan lagi selebriti pujaan ramai pada hari gilang-gemilang mereka, ia bukanlah tugasan mudah kerana jamuan mata yang bertandang pastinya lebih tajam berbanding persandingan orang biasa.

“Bukan bermakna solekan artis dan orang biasa saya bezakan.Bagi saya, apabila sudah dilantik menjadi jurusolek seseorang itu, saya akan beri yang terbaik, cuma apabila menyolekkan artis, suasana itu akan jadi berbeza. Tekanan lebih dirasai kerana dikerumuni lebih ramai orang terutamanya di bilik pengantin itu sendiri.” 

 


Hanis Zalikha


Kesabaran Penting Mengawal Suasana Hingar

Menurut Tiar antara cabaran menjadi jurusolek perkahwinan selebriti adalah mengawal keadaan sekeliling apabila sedang bersolek, lensa dan flash kamera bertalu-talu menyimbah wajah selebriti. Ini tidak hanya mengganggu fokus, malah mencelarukan pencahayaan untuk melihat ketepatan pada wajah pengantin.

“Namun, di situlah kesabaran dan profesionalisme perlu ada. Alhamdulillah, selalunya berjaya saya hadapi dengan baik. Kebanyakan selebriti yang memilih saya sudah punya hubungan selesa dengan saya, jadi kerja menjadi mudah antara kami saling bertolak-ansur.” 

 


Sharifah Sakinah 

 

Seri Pengantin Selebriti Daripada Biasa

Ditanya cabaran menaikkan seri pengantin selebriti tidak semudah orang biasa, lantaran selebriti sudah selalu terlihat cantik, Tiar tidak menafikannya. “Ada betulnya. Namun, ia terletak pada kepakaran kita juga bagaimana membaca wajah seseorang selebriti itu agar kelihatan lain daripada yang biasa ditampilkan.” Antara selebriti yang mendapat sentuhan Tiar ketika berkahwin ialah Liyana Jasmay, Sari Yanti, Lynda Jasmine dan Que Haidar, juga Memey

 

TATARIAS PENGANTIN ORANG UMUM 

, namanya sering disebut-sebut di laman sosial. Sering berkongsi tips dan panduan solekan di setiap kelas solekannya di seluruh negeri, menjadikan Ayangkamell jurusolek kesukaan orang ramai. Mula menyentuh wajah pengantin pada usia 16 tahun, menjadikannya begitu matang dalam mengatasi apa jua situasi menyolekkan pengantin daripada pelbagai lapisan masyarakat, usia dan latar belakang.

“Pada usia begini, apabila orang bertanya bagaimana saya mendepani situasi mendapat wajah pengantin bermasalah, saya katakan ia bukan sesuatu yang mengejutkan melainkan mendapat wajah cacat. Jadi, kalau setakat bernoda, berjerawat teruk, bukanlah sesuatu yang memeningkan.” 

 

 

Rendah Diri ke Mana Saja Pergi 

Ayang memang dikenali sebagai seorang jurusolek yang rendah diri walau dengan sesiapa saja. “Itulah tips paling penting jika mahu terus kekal di hati pelanggan. Manusia ini ada pelbagai level, tetapi semuanya sama saja di hati saya. Jika sikap ini yang kita amalkan, nak ke atas ke bawah pun tiada masalah.”
 


Pengalaman paling manis pernah diceritakan Ayang apabila dia pernah dibayar sekali ganda untuk solekan pengantin ini. Sebaik pulang ke rumah, Ayang terkejut membuka sampul duit tersebut. “Dia kata ambillah kerana dia sangat berpuas hati dengan solekan saya. Tapi jangan tak tahu, ada juga kenangan pahitnya. Pernah pengantin batalkan tempahan waktu saya sudah di depan pintu rumahnya. Aduhai!” 
 

Pengantin Tidak Tahu Apa Dia Mahu 

Apabila ditanya mudahkan menyolekkan orang biasa berbanding selebriti? Katanya, ada pro dan kontranya. Selalunya orang biasa apabila ditanya solekan bagaimana mereka mahukan? Mereka akan kata mahu yang natural tetapi hakikatnya mereka mengimpikan solekan persis artis pujaannya.

“Inilah masalahnya apabila pengantin segan-silu menyampaikan hasrat hati. Jadi, penyelesaiannya saya akan minta mereka tunjukkan rujukan solekan jika ada atau saya tunjukkan portfolio saya untuk mereka pilih.” 




 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Saya Amalkan Minum Air Rebusan Akar Kayu Sebulan Sekali” — Ini PETUA OZLYNN Naikkan Seri Wajah

  • Seterus →

    Inikah Solekan Pilihan Izara Aishah Pada Hari Perkahwinannya yang Sebenar?