Sep 29, 2016 - 60823

Inikah Solekan Pilihan Izara Aishah Pada Hari Perkahwinannya yang Sebenar?

Satu cabaran buat jurusolek yang bakal merias wajahnya di hari pernikahan nanti.


Oleh:
 

 

Tema 1: 'Natural'

Menyerah diri sebagai suri, diri perlu tampak suci bersih bagaikan hari diri dilahirkan. Biar si suami tahu wajah sebenar isterinya ini dalam balutan seri tanpa kecantikan ekstra. Solekan semula jadi sesuai untuk majlis akad nikahmu mahupun malam berinai. Kebaya,  

 

 

TIPS GURU CANTIK 

Solekan asas kulit yang baik penentu kejayaan solekan natural. Untuk memperolehi kemasan kulit yang cantik bercahaya seperti Izara Aishah ini, mulakan dengan prep-skin yang baik. Pastikan pilihan bedak asas yang tepat. Ia harus ringan untuk solekan tipis, namun masih menyerlahkan seri wajah.


 


Tema 2: Glamor 

Satu-satunya hari diri dijulang bergelar ratu. Kala diarak ke singgahsana pelaminan, jangan wajah kelihatan kosong. Buat majlis resepsi gahmu itu, lagakkan gaya glamor agar kamu menjadi heroin antara hadirin yang hadir. Kuatkan pada solekan matamu itu. 

 

 

TIPS GURU CANTIK 

Solekan mata bermain warna untuk tampak lebih menyerlah sesuai gelaran ratu sehari. Lihatlah bagaimana cermatnya jurusolek mengimbangi dan mengharmonikan warna bibir sama warna mata. Pilihan gincu harus dalam famili yang sama agar tidak canggung keseluruhan wajah.
 


 

Tema 3: Floral 

Tema paling laris dan romantik buat pengantin. Segalanya tentang pastel, gaun putih, bunga segar dan solekan pemangkin manis. Pilihan warna tanah dan adunan gangsa pelangkap terbaik mengimbangi antara solekan segar, minimalis dan sarat seri berkilau. 

 

>>>[KLIK DI SINI] "Sering Kena 'Reject' Dengan Produksi disebabkan Fizikal Tidak Sesuai Watak, Ilya Ubah Kecantikan Diri Menjadi…” — Raja Ilya<<<

 

 

TIPS GURU CANTIK 

Tema garden atau floral antara favourite ramai. Pilihlah solekan daripada palet earth color, potret perkahwinan nanti pasti kekal evergreen sepanjang zaman. Untuk mendapatkan gaya solekan seperti Izara Aishah ini, pastikan bibir tampak berkilau kebasah-basahan dengan sapuan transparent gloss. 
 

 


Tema 4: Klasik 

Setinggi mana burung terbang, pasti ke dahan ia bertenggek. Sebanyak mana gaya kita cuba, ke pasak bumi tradisi tidak dilupa. Tidak cukup syarat pengantin Melayu tanpa kebaya, cucuk sanggul dan pastinya juga alitan celak melentik. Sungguh molek dibawa ke hari menyambut menantu. Kebaya, Syaiful Baharim. Cucuk sanggul, Zery Zamry. 

 

>>>[KLIK DI SINI] Apakah Rahsia Kekal Cantik Rita Rudaini, Neelofa, Rozita Che Wan dan 13 Selebriti Tempatan? Ini Jawapan Mereka<<<

 

 

TIPS GURU CANTIK

Cantiknya bentuk wajah Melayu asli Izara Aishah terserlah dalam foto ini. Ia bukan konsep out dated tetapi sangat classy dengan gaya kemelayuan dalam suntikan segar. Solekan cat eyes sentiasa in dengan kontur wajah tampak mahal sama gincu coklat.


 

Tema 5: Avant-Garde 

Pembaharuan moden lebih kontemporari buat yang mahu kelainan. Mengapa tidak? Asalkan tidak mencemar budaya, ia sejarah buat kalian berdua. Tidak keterlaluan dengan rencah yang masih dalam landasan ‘cantik’. Tekankan pada solekan mata berkabut dan lentikkan bulu mata. Gaun, Ashley . 

 

>>>[KLIK DI SINI] Ozlynn: "Rahsia Cantik? Saya Tak Cucuk Vitamin C, Tapi Saya..."<<<

 

 

TIPS GURU CANTIK

Konsep kontemporari moden, bersama solekan mata berkabut. Menyerlahkan mata menggoda sesuai untuk resepsi di ballroom. Untuk gaya Izara Aishah yang avant-garde ini, solekan dipadankan dengan bibir pudar sahaja. 

 


Penggambaran 'Lembar Cantik' ini telah dijayakan oleh: 

TEKS & PENATA GAYA
PENYELARAS PAKAIAN
FOTOGRAFI Marcus Wong @ LensWorks Studio
SOLEKAN DAN DANDANAN
MODEL
TAJAAN AKSESORI
TAJAAN KANTA LEKAP

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Pengalaman 4 Jurusolek Mempelai: Tatarias dari Orang Umum hingga Kerabat Diraja

  • Seterus →

    Datin Ira Ghani Tahu Bagaimana Cara Buka "Aura" Diri. Mahukah Anda Pelajarinya?