Jul 25, 2016 - 341
Teks:
Foto : Chee Wei Studio
Arahan seni :
Penata Gaya & Penyelaras :
Hijab :
Solekan & Penata Hijab :
Model :
Look 1 Canda Merah Jambu
SMART TIPS! “Tona merah jambu, baik jernih mahupun solid, memerlukan asas kulit yang rapi, segar dan bercahaya. Jadi pastikan anda menyapukan kemasan bedak asas yang jernih, sekata dan mampu bangkitkan cahaya pada kulit jika ingin bermain dengan gincu dan warna pipi merah jambu.”
Look 2 Salju Biru
PRO TIPS! “Sikat bulu mata dengan maskara biru langit untuk efek icy. Langsiri kelopak mata sama rona pic manis, serasi bibir.”
Look 3 Gelombang Merah
PRO TIPS! “Bibir merah bernyala tidak wajar ditandingi elemen lain pada wajah kecuali sepasang kening yang terlukis cantik. Jadi, jangan berlebih-lebih dengan warna solekan mata. Ia tidak wajar merebut perhatian daripada bibir merah siren.”
Look 4 Kuning Girang
MAKEUP GUIDE! “Kuning lebih menyerlah dengan tekstur bedak debu mengilau. Anda digalakkan supaya memilih rona jingga hangat, pic atau merah jambu salmon untuk semarakkan warna kuning tadi.”
Look 5 Perwira Hijau
TIPS! “Pembayang mata hijau cantik diadun dengan pembayang mata tekstur berkilau emas legap. Bisukan bibir anda dengan rona nude. Lebih sempurna jika anda pilih gincu matte berkemasan pusam."