Aug 13, 2016 - 474

[VIDEO] Ratu Cantik Dedah Wajah Tanpa Solekan. Apa Yang Jadi Seterusnya?

Lebih jelas lagi personaliti anggun seorang ratu apabila dia tampil tanpa sebarang solekan di wajahnya.

OLEH:  


KECANTIKAN boleh disifatkan sebagai satu perkara yang subjektif. Kadangkala apa yang kita lihat pada mata kasar kita indah tak semestinya cantik secara keseluruhannya. Lain pula cerita ratu cantik dari Filipina ini. Dinobatkan sebagai Miss Universe 2016 melonjakkan namanya dikenali seluruh dunia. 

Baru-baru ini akaun Facebook menampilkan video eksklusif tutorial solekan dari Pia Alonzo Wurtzbach. Tutorial solekan daripada Pia ini bukan sahaja menerima banyak komen positif daripada netizen malah ia juga membuktikan bahawa kecantikan bukan lahir dari wajah yang cantik semata-mata. Pia membuktikan, personaliti yang menarik mampu melengkapkan sifat seorang wanita yang dinobatkan Miss Universe. Lebih jelas lagi personaliti anggun seorang ratu apabila dia tampil tanpa sebarang solekan di wajahnya. 

Tutorial yang ditunjukkan oleh Pia adalah solekan harian yang mudah untuk diaplikasikan. Secara spontan Pia juga kelihatan sangat teruja untuk bersama-sama memberi sedikit ilmunya tentang solekan: 

 

KOMEN NETIZEN MENGENAI WAJAH PIA TANPA SOLEKAN: 


  

Fakta Tentang Pia Alonzo Wurtzbach Anda Perlu Tahu

Lahir di Jerman 

Meskipun Pia membesar di Filipina dan mewakili negara tersebut dalam bertandingan Miss Universe 2016, dia lahir di Stuttgart, Jerman kerana ayahnya adalah warga tetap Jerman.

 

Seorang Ratu Cantik yang Pandai Masak

Meskipun bergelumang bidang popular, siapa sangka Pia miliki Ijazah dalam jurusan Kulinari dari Universiti San Juan, Manila. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    Sarah Hildebrand Tunjukkan 5 Solekan 'Pop Colour' Paling Cantik. Anda Pilih yang Mana?

  • Seterus →

    Anda Pasti Terpegun Melihat Gadis ini Tunjukan Solekan Tanpa Foundation