May 22, 2017 - 8827
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Kredit foto: Instagram
MEMPUNYAI pengikut seramai 2.6 juta di Instagram membuktikan pengaruhnya di laman sosial. Antara yang dinanti pengikutnya, sudah pasti gambar-gambar selfienya yang cantik dan kelihatan sempurna. Khas buat pembaca InTrend, Janna Nick kongsikan ‘tips’ selfie berkesan dan pasti efektif buat wajah kalian.
5 Tips ‘Selfie’ Janna Nick untuk Anda
1. Pencahayaan sangat penting untuk menghasilkan selfie yang cantik dan glowing. Carilah cahaya lampu yang cerah atau sinar natural yang terang.
2. Untuk memberikan ilusi wajah yang kurus, ambil gambar dari sudut atas. Elakkan menghala kamera dari bawah muka terutamanya yang berwajah lebar.
Kredit foto: Instagram
3. Jangan mekap terlalu tebal, salah pencahayaan memburukkan lagi keadaan. Solekan yang ringan tetapi berseri mampu menyerlahkan wajah.
4. Ini paling jangan – edit melampau! Tidak perlu putihkan kulit, kuruskan rahang keterlaluan. Kalau dilihat depan-depan, lain pula rupanya.
5. Jadilah diri sendiri. Tidak perlu meniru sesiapa atau menukar profil diri. Kita harus bangga dengan apa yang kita miliki.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram