Jul 30, 2015 - 1
Oleh :
‘Gedik’, ‘ting tong’ dan tidak matang – itu adalah sebahagian komen ringkas segelintir selebriti, wartawan juga jurusolek. Komen Ayda?
Dari dulu memang itulah diri saya. Sewaktu zaman AF rumah kaca, gelagat Ayda yang anda tonton dalam diari yang kuat ketawa, main-main, itulah diri saya yang sebenar. Tetapi apabila bekerja, saya serius. Saya tahu membezakan waktu mana yang saya perlu serius dan sebaliknya.
Kesalahan paling besar Ayda pernah lakukan? Pengajaran daripada peristiwa itu?
Ia berlaku pada November 2012. Dek kerana mahu membantu kenalan sebuah produksi yang mencari pelakon untuk sebuah telemovie. Namun dalam masa yang sama saya sudah tandatangani kontrak untuk shooting telemovie yang lain. Memikirkan niat mahu membantu rakan, saya gagahkan jua dan terpaksa berkejar-kejar shooting sana sini. Kesannya, saya tidak dapat rehat dan tidur mencukupi lantas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Duke. Saya cedera parah (retak tulang pipi dan menerima jahitan bahagian mulut). Pengajarannya, saya tidak boleh terlalu tamak hinggakan mahu meraih job yang lebih dan akhirnya memakan diri sendiri.
Apa yang seronok menjadi Ayda Jebat?
Boleh menjadi diri sendiri kerana mungkin saya ini positif orangnya, haha, insya-Allah...