Oct 03, 2014 - 97

Uqasha & Nelydia Senrose kongsi persamaan

The Senrose sisters are strikingly beautiful, indah nama mereka pada kaca televisyen tidak termakan sama wajah dua gadis yang muncul di pintu studio pagi itu. Both, Nelydia dan Uqasha hadir awal daripada masa yang kami janjikan buat mereka, that itself is a plus point in our books.



The Senrose sisters are strikingly beautiful, indah nama mereka pada kaca televisyen tidak termakan sama wajah dua gadis yang muncul di pintu studio pagi itu. Both, Nelydia dan Uqasha hadir awal daripada masa yang kami janjikan buat mereka, that itself is a plus point in our books. Uqasha – the elder sister manis serba putih sama celana denim dan kemeja berbutang juga tudung biru cair membaluti mahkotanya, Nel pula hadir kasual sama top dan sepasang denim dipadan kasut tumit baji tebal. Mahu dihitung features Nelydia punya sepasang mata bundar, bibir mungil cantik dan pipi terletak cantik, kulitnya putih mulus dan senyuman sentiasa terukir bikin kami mesra samanya manakala Uqasha punya lirikan mata yang menajam, dagu runcing dan dikurniakan sepasang kaki yang panjang dan cantik.

Nelydia-send.jpg

Nelydia:
Apa kelebihan yang dibawa berbanding pelakon muda lain?
Nel pasti masing-masing punya factor berbeza yang dibawa bila mana dapat mengusik hati penonton dan pengarah. Everyone has that spark namun untuk Nel sendiri sentiasa untuk cuba bawa sama nama dengan disiplin yang tinggi. Memang payah mahu bandingkan bakat dan rupa, tetapi disiplin cukup penting untuk bina nama dan bikin orang ingat pada punctuality kita.

Uqasha :
Apa kelebihan pada Uqasha Senrose?
Itu satu soalan yang sukar untuk Uqasha jawab kerana masih setahun jagung dalam bidang ini. Pastinya semua pelakon ada kelebihan tersendiri, semua bisa bawa edge yang berbeza. Setiap mereka ada kelebihan dan kekurangan. Uqasha juga mungkin punya sentuhan yang berlainan, rezeki itu pasti ada untuk semua, insya-Allah.

Nelydia:
Apa ada pada Qi yang bikin Nel tersenyum?
Gemarkan kerana he is very matured namun tidak membosankan, Qi juga sangat inspirational kerana sudah kekal lama dalam industri ini dan he is striving. Kami tidak pernah berbincang perihal siapa lebih essential mahupun penting dalam kerjaya ini, it’s like toxic to have that ego. Ada perkara yang Nel rasa I can’t do namun Qi does it perfectly dan effortlessly. Apabila perkara yang Nel rasa dia lebih handal, tidak segan mahu minta pendapatnya dan cara untuk baiki diri sendiri. Nel hormati dia dan vice versa

Uqasha :
Pengalaman cinta yang lepas terlerai, ia mengajar kalian?
It has taught me untuk tidak mudah percaya pada kata orang, belajar untuk menyayangi diri sendiri dan tentunya untuk lebih menghargai ahli keluarga sendiri dan rakan rapat kerana apabila kita jatuh tersungkur cuma mereka yang akan ada di samping kita selain daripada meminta belas kasihan daripada Allah to help ease the pain. Ya semasa sedang bahagia berkasih semuanya indah dan cantik belaka, andai hilang kita mungkin lalai namun siapa tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Uqasha berserah pada-Nya.

Dapatkan majalah InTrend untuk lebih cerita menarik menegani mereka.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: