May 05, 2016 - 2889
Teks: Norhaizan Ahmad
Instagram:
Pasangan ibu-anak ini dberi penghormatan mengenakan koleksi terbaru Dior dan Baby Dior 2016.
Lara tidak duduk diam sepanjang penggambaran. Ini merupakan salah satu daripada beberapa shot unik yang dapat ‘mendiamkan’ Lara agar tidak bergerak atau berlari.
Suka atau tidak, netizen harus mengakui bahawa baby Lara Alana adalah si cilik paling viral di Malaysia hari ini. Soalnya, ada apa dengan Lara Alana? Ikuti temu bual eksklusif InTrend bersama ibunya yang muncul sebagai wajah sampul hadapan InTrend edisi #InTrendSuperMom Mei ini.
InTrend: Kelahiran Lara Alana memberi kesan yang bagaimana kepada Scha?
Scha: Lara banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang tabah, sabar dan sentiasa peka dengan persekitaran. Contohnya apabila saya ada anak kecil, saya banyak belajar untuk memahami bahasa tubuh disebabkan anak masih kecil untuk berkomunikasi. Saya juga selalu mengambil kira instinct saya sebagai seorang ibu. Kalau dulu banyak masa diluangkan di luar bersama rakan-rakan misalnya, tetapi sejak adanya Lara, masa saya banyak diisi bersama keluarga di rumah. Kini, kehidupan saya lebih teratur daripada segi masa malah telah bersepakat membahagikan tanggungjawab membesarkan Lara bersama Awal.
InTrend: Perkataan pertama yang diungkapkan oleh Lara?
Scha: Bunyi ‘D’. Mungkin singkatan daripada perkataan daddy!
InTrend: Jika Scha diberi pilihan, apakah watak kartun yang dirasakan sesuai untuk Lara? Mengapa?
Scha: Boo daripada filem Monster Inc, mungkin disebabkan oleh rambutnya. Ada persamaan. Selain itu, Lara banyak bermain dengan anak patung dan kucing kala berada di rumah.
InTrend: Habit/tabiat kelakar yang Lara warisi daripada Scha?
Scha: Saya rasa Lara seorang yang sangat clumsy. Sama seperti saya, clumsy juga, hahaha... Selain itu, pergerakan kami berdua juga laju. Cuba tengok saya apabila berjalan atau berlari, laju bukan? Hahaha...
InTrend: Lara lebih banyak mewarisi sifat siapa?
Scha: Lara banyak mewarisi sifat daddy rasanya. She gets what she wants. Malah Lara tidak suka duduk diam. Bab tidak boleh duduk diam memang Lara ikut perangai kami berdua – Scha dan Awal – kerana kami memang tidak betah duduk diam tanpa berbuat apa-apa.
InTrend: Kalian mahu Lara membesar sebagai...
Scha: Klise, tetapi seorang yang baik hati, pemurah, menghormati orang dan tidak lupa keluarga.
Antara foto kandid yang InTrend sempat rakam ketika sesi pengambaran bersama Scha & Lara.
10 Perkara Menarik Tentang Lara
1. Tahukah anda, sewaktu artikel ini ditulis, akaun Instagram telah mengumpul seramai 1.7m followers? Hebat!
2. Lara Alana dilahirkan pada 22 Julai 2014 di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur.
3. Lara popular dengan panggilan ‘Datin’ dan jolokan itu melekat hingga hari ini.
4. Oleh kerana popularitinya yang luar biasa, Lara diangkat sebagai duta minuman Yakult. Baru-baru ini, Lara sekeluarga menghadiri jemputan istimewa Yakult untuk ke Jepun. Keletahnya yang manja dan comel membuatkan ramai yang geram dengannya, termasuklah bos besar Yakult.
5. Gaya berpakaian Lara boleh dianggap sebagai OOTD kanak-kanak Malaysia yang paling viral.
6. Lara sering menggunakan hashtag #laraalanaa, #raraootd dan #raralittleadventure.
7. Rupa-rupanya Awal lebih cerewet dan prihatin dengan penampilan Lara. Tak percaya? Awallah orangnya yang sibuk membega dan mendandan rambut Lara, mengikatkan reben dan sebagainya sepanjang penggambaran sampul hadapan InTrend yang berlangsung tidak berapa lama dahulu. Bagusnya dapat suami dan bapa macam Awal!
8. Antara faktor mengapa Instagram menghimpunkan banyak followers adalah konsistensi dan kekerapan muat naik foto atau video yang dibuat di akaun itu. Setiap gerak-geri Lara meraih tumpuan berpuluh-puluh ribu netizen. Tidak kiralah videonya sedang memanjat kerusi, berlari, bergolek atas lantai, merengek atau membaca, ia meraih perhatian luar biasa. Namun daripada satu segi, ia sebenarnya satu saluran untuk para netizen memungut ilmu parenting alaf baru daripada Awal dan Scha.
9. Antara pos Instagram terbaru yang menerima respons luar biasa adalah video pendek Lara ketawa mengelekek. Video dengan caption yang berbunyi “Gelak sakan” itu menerima 130,065 views dalam tempoh kurang 48 jam. Mak oi, kalah anak David Beckham!
10. Foto Instagram terbaru yang memaparkan rambut Lara kerinting berketak-ketak telah meraih sebanyak 517 komen. Ramai memuji kecomelannya, bahkan ramai juga yang menyuruh Lara terus kekal dengan imej rambut kerinting itu. Begitulah hebatnya penangan populariti Lara, anak comel paling viral di Malaysia hari ini.
Katanya, “I nak pergi show jap…” Siapa mampu poskan gambar rambut kerinting dan terima 49,885 likes dalam masa 21 jam?