Feb 04, 2016 - 2
Kali pertama Hanif bertemu dengan ibu bapa Anzalna?
Saya dibawa bertemu dengan orang tuanya selepas tiga hari kami berjumpa. Saya tidak terkejut
dengan tindakannya yang begitu drastik membawa saya bertemu dengan ibu bapanya kerana saya percaya Anzalna berbuat begitu dengan tujuan mereka dapat mengenali dengan siapa anaknya berkawan. Bagi diri saya yang mementingkan hubungan kekeluargaan, perkara begini bukanlah sesuatu yang janggal. Jika kita ikhlas berkawan, kenapa perlu bimbang untuk bertemu dengan ahli keluarganya.
Hanif jenis lelaki yang setia, rela menunggu Anzalna walau
bertahun lamanya. Komen?
Ya, hubungan kami sudah lama terjalin. Sekadar menambah kenalan di MySpace pada awalnya, lamakelamaan Anzalna berjaya mencuri hati saya. Sebaik dia pulang ke tanah air selepas lima tahun bermastautin di Australia, saya berusaha untuk menemuinya. Pertemuan pertama kami berlangsung lancar ketika Anzlana menyertai pertandingan Dewi Remaja dan kami sempat bertukar
BBM pin (ketika ini telefon Blackberry cukup
hot!). Kalau hati sudah suka, tidak salahkan untuk saya mencuba? (ketawa).