Jan 05, 2016 - 1

[EKSKLUSIF] Kontroversi Fazura dan KimK yang anda mesti baca!

Peminat-peminat Fazura fazbulous tidak senang dengan perang KimK yang sedang hangat diviralkan...

fazura-4.jpg

Oleh : Iqbal V Azwan
13Tahun! It took Fazura 13 years untuk bina nama dan kerjaya lantas merangkul anugerah
yang paling didambakan – Pelakon Filem Wanita Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia pada tahun 2015. NurFazura Sharifuddin mahu mencabar lagi dirinya sama percubaan untuk menjadi penyanyi hingga muncul single pertama ‘Sayangi Dirimu’ dan showcase pertama di Hard
Rock Café Melaka bersama he r biggest  fans . 
 
Kontroversi 2015 tidak jauh daripada nama Nur Fazura.
Adakah ia sedikit sebanyak mengotorkan kalendar kerjaya?
 
Faz ada berbicara sama keluarga dan teman rapat bahawa 2015 ini telah Allah kurniakan perkara yang terlalu indah-indah dan elok buat Faz, adakah ini a blessing mahupun punya istidraj dan dugaan di sebalik kemanisan yang Allah beri? Ia beri satu rasa untuk sentiasa berjaga-jaga namun tetap bersyukur dan thankful kerana pada penghujung harinya, semua benda yang manis dan elok ini pinjaman Tuhan sematamata. Jadi apabila hujung tahun Faz terpalit dengan kontroversi dek mempertahankan teman Faz di laman sosial maka ia terus buka mata Faz. So this is it, the lesson that Allah wants me to learn alongside all the success He has given me. Maka Faz tidak kesal sama kontroversi yang hadir kerana ia ajar diri untuk lebih reflect semula semuanya. Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa. Tidak bererti jika tahun ini berlalu terlalu indah tanpa sebarang dugaan. Nawaitu Faz baik mahu mempertahankan sahabat Faz yang sering asyik diperkatakan, namun jika ini adalah bahagian yang Allah tuliskan untuk Faz dan teman-teman Faz, maka Faz akur.
 
Khabarnya lakonan Fazura dalam filem ‘Langit Cinta’ benar- benar berkesan dan ‘strong’, komen sedikit?
 
Sekiranya itu yang dibilang orang, maka Faz bersyukur kerana watak dalam filem ‘Langit Cinta’ ini benar-benar berbeza sama watak Ifti Liyana dalam ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’ yang lebih ringan. ‘Langit Cinta’ arahan Osman Ali banyak beri pengajaran kepada watak Faz, she is a strong woman yang sanggup buat apa sahaja untuk cinta. Berpadu sama nama-nama hebat seperti Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Keith Foo, Farid Kamil dan Siti Saleha benar-benar mengujakan.

Fazura-3-(1).jpg
Fazura-2-(1).jpg

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  nurfazura

  • ← Sebelum

    [EKSKLUSIF] ‘Hot face’ in the SPOT LIGHT!

  • Seterus →

    [EKSKLUSIF] Kontroversi Fazura dan KimK yang anda mesti baca!