Dec 15, 2016 - 5083

“Bila Fikir Balik, Penat Hidup Sendiri. Balik Rumah, Tiada Suami Picit Kaki yang Sakit” — Nabila Huda

Bertahun lamanya Nabila Huda membesarkan Keisha, sendiri-sendiri. Kini pintu hatinya terisi dengan insan bernama suami.

 

Oleh:

 

 

KESEMPATAN melaksanakan temu bual bersama Nabila Huda menggamit hati saya untuk menyelongkar aspek keserasian perhubungan, sikap dan tingkah-laku ibu-anak ini seputar Zodiak Cina. Sungguh menarik, kerana mengikut zodiak Cina, Nabila adalah Tikus. Keisha adalah Harimau. Seorang Tikus Kayu. Seorang lagi Harimau Logam. Lantas apa terjadi apabila Tikus Kayu dan Harimau Logam dipertemukan dalam hayat yang sama? 

 

Saya tidak akan menghurai karakter mereka lebih panjang di sini, kerana kupu-kupu ini punya sikap, pandangan dan pendirian hidup yang dikibar dengan jelas, untuk anda hadami dan teladani.

 

 

Bagaimana kehidupan Nabila sekarang?

Setelah melewati usia 30 tahun ini, saya fikir saya sudah lalui banyak perkara. Saya sudah merasa asam garam hidup lebih banyak daripada wanita seusia. Pengalaman hidup saya yang kalian lihat, sebenarnya hanya mereflekskan apa yang saya pilih untuk dipaparkan di laman media sosial saya. 

 

I am a very secretive person, you know. Saya tahu betapa pentingnya kemuliaan memegang rahsia. Saya sedar di mana batas dan had yang ada. Namun kerana kami anak seni, maka everything about our lives becomes a topic of entertainment. Semuanya mahu dijadikan bahan scoop. Semuanya mahu disiarkan. Tapi maaf, I don’t want my personal life to be a matter of a coffee table discussion.

 

 

Nabila saring apa yang mahu dilihat sahaja. Bermaksud Nabila tak mempercayai peminat, tak mempercayai industri? 

Selama ini, I lead my life very, very openly. It’s for everyone to see. Tapi selepas peristiwa dikecam teruk lewat foto yang saya kongsi di Instagram, saya merubah prinsip dan pendirian. Terlalu ramai bersusah-payah mencari salah dan silap lalu melempar cerca. 

 

Lalu kerana itu saya pilih untuk membuka hanya sebahagian pintu untuk tatapan umum. Ya, hanya sekelumit daripada babak hidup ini wajar dilihat peminat dan umum. Sebahagiannya lagi? Biarlah saya pegang dan pendam kemas-kemas dalam hati. 

 

Saya juga manusia. Saya bukan malaikat. Saya bukan insan sufi. Saya juga berdarah. Saya juga melakukan dosa. Saya juga memburu pahala seperti anda semua. Namun segala amal jariah dan kebaikan yang pernah saya lakukan, biarlah Dia yang di atas sahaja yang mengetahuinya. Saya tak perlu membuktikan apa-apa. Saya tak perlu membuktikan kepada siapa-siapa.

 

 

Kehidupan glamor sebagai anak legenda rock tidak beri gambaran sebenar tentang Nabila Huda, benarkah? Nabila ‘fragile’ di dalam. Kerana itu Nabila membina kulit konkrit untuk lindungi diri?

 

Ya, mungkin juga. Saya ini kering hati kata orang. Kering hati di sini bermaksud saya tak ambil pusing kata orang tentang saya. Tapi gelora dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Biarlah saya tanggung sendiri.

 

Kehidupan saya di permaidani merah, adalah milik anda. Namun kehidupan nyata di balik tabir, adalah milik mutlak saya, yang tidak akan saya kongsi lagi sewenang-wenangnya. 

 

Bagaimana saya menyelesaikan masalah hidup saya, adalah urusan saya, dan saya mohon peminat-peminat menghormati pilihan ini. Pendirian saya apabila berdepan masalah, kita harus chill, harus relaks. Jangan kelam-kabut, jangan ribut. Saya tak suka melenting. 

 

 

Apa saja komentar yang dilontar peminat mahupun haters, saya terima dengan hati terbuka. Komen-komen indah tak menghanyutkan saya. Komen pedih berbisa juga tak memusnahkan saya. Kerana meski fragile di dalam, di luar kerapuhan itu, saya tetap kental. Saya tetap kuat. 

 

Saya tak membina karakter untuk mempesonakan anda semua. Maaf kalau saya mengecewakan anda, it is just not me. Private life saya bukan untuk dikongsi. Bukan untuk anda semua hakimi dan adili.

 

 

Do you consider yourself a perfect mom?

Semua orang tak sempurna. Kerana itu saya tak akan berhenti berusaha mencari kesempurnaan. Dan memberikan kesempurnaan itu buat Keisha Laila.

 

[VIDEO] MOMEN KASIH SAYANG IBU DAN ANAK YANG SEMPAT KAMI RAKAMKAN 

 

 

Pilih satu, adakah Nabila Dolphin Mom, Owl Mom, Tiger Mom atau Peacock Mom?

Peacock Mum? Hmmph, yang ini tak mungkin kot? Sebab… kalau anda kenal rapat dengan saya, anda akan tahu betapa simple dan comotnya saya! (ketawa) 

 

Cukuplah baju-T, jeans dan selipar, itulah saya. Mungkin saya Dolphin Mom kot? Sebab saya manja orangnya, haha.

 

 

Rutin lazim Nabila dulu-dulu, semasa masih menjanda? Kalau Nabila bekerja, dengan siapa Keisha ditinggalkan?


Saya dapatkan bantuan pembantu rumah separuh masa untuk urus hal-hal domestik. Perkara paling simple namun menggembirakan adalah menjemput Keisha di rumah (lepas shooting), kemudian bawa dia makan di Kulcats (Restoran Kulcats Barrio & Pastel, terletak di Lorong Rahim Kajai 9, TTDI). 

 

Keisha bukan jenis anak kecil yang suka keluar-masuk shopping mall. Kalau kami ke mall, tujuannya hanya untuk tonton wayang. Atau lepas rindu makan sushi di 1 Utama atau The Curve. Sesekali, Keisha ikut saya ke lokasi. Dia anak yang amat baik, mudah diurus, tak pernah meragam.

 

 

Perkara terbaik menjadi seorang ibu?

Ahh, terlalu banyak. Saya suburkan harapannya sebagai anak tunggal with my unconditional love... every second of everyday!

 

Bangun pagi, momen paling mengujakan! Kenapa? Sebab saya anak tunggal. Semenjak usia 16 tahun sudah betah tinggal sendiri, saya membesar tanpa insan yang boleh dipanggil kakak, abang atau adik. Jadi apabila tiba saat memiliki zuriat sendiri, pagi saya tak sendirian lagi. Buka saja mata, this little monster tersengih-sengih di sisi, haihhh... memang best! 

 

 

Kelahiran Keisha memberi kesan yang bagaimana kepada Nabila?


Keisha mengganda kekuatan. Bayangkan, semenjak Keisha masih bayi, saya lalui proses berpantang seorang diri. Saya tak benarkan keluarga mahupun siapa-siapa datang membantu sepanjang berpantang. Cukup sekadar tukang urut datang mengurut sepanjang 44 hari. 

 

 

Apa jadi lepas itu?

Dua hari lepas keluar hospital, saya bertekad nak mandikan Keisha sendiri. Aneh jugak sebab Keisha selalu menangis apabila dimandikan. Lalu saya bertanya kepada tukang urut, “Kenapa dia asyik menangis? Baby tak suka mandi ke?” 


Ya Allah, rupanya teknik mandikan baby tu salah! Saya rupanya dudukkan baby Keisha, betul-betul macam gambar poster baby yang selalu kita tengok dalami buku atau internet, aduh, patutlah baby Keisha menangis! Tapi begitulah. Kebodohan dan kedunguan itu menjadikan saya ibu yang lebih bijak dan mengerti. Saya belajar daripada kesalahan saya sendiri. Lalu berusaha cari keseimbangan dan kesempurnaan. 

 

 

Susah-senang menjaga Keisha?

Keisha itu anugerah Tuhan yang terindah buat saya. Keisha senang dijaga. Tak membentak. Tak meragam. Tak kembung perut walaupun saya menjaga tanpa sebarang pengalaman. Kami saling belajar. Kami jadi teman akrab. Kami saling melengkapi. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

 

 

Imbas kembali momen berpantang selepas bersalinkan Keisha?


Kira-kira dua ke tiga minggu selepas kelahiran Keisha, saya berpindah ke rumah bapa. Sebabnya, nak bawa Keisha jauh dari kucing-kucing peliharaan di rumah.

 

Hampir empat bulan juga saya menekuni tempoh berpantang, tak bekerja. Rezeki pertama sebagai seorang ibu datang apabila ditawarkan oleh Global Station untuk membintangi drama bersiri “Ahmad Dhurrah” bersama-sama Rusdi Ramli dan Eja, arahan Raja Ahmad Alaudin.

 

 

Punya sebarang 'skill' istimewa yang pembaca InTrend tidak tahu?


Babe, saya handal memasak okey! Ya, saya suka sekali memasak – masakan kampung, barat, Jepun – namakan sahaja... saya boleh! Saya tidak ke pasar basah, kerana waktu tak mengizinkan. Jadi sumber barang dapur paling mudah, hanya ke Hero di TTDI. 

 

 

Sanggupkah meninggalkan dunia seni demi berkhidmat sepenuh masa kepada Keisha?

 

Tiada ibu yang tidak menyerahkan seluruh hidup untuk setiap zuriatnya. Saya mahu dia menjadi anak yang bijak dan solehah. Yang memberi cahaya kepada ibu dan keluarganya suatu hari nanti. 

 

Harapan datuknya, mahukan dia memasuki sekolah Islamik antarabangsa di Penchala. Namun saya mengimpikankan Keisha memasuki sekolah antarabangsa. Saya pasti akan memperlahan pecutan aktiviti seni apabila tiba masa untuk fokus kepada Keisha, insya-Allah. Doakan saya.

 

 

Apa yang Nabila fikirkan sepanjang hidup membujang dulu?

 

Bila difikir-fikirkan, memang penat rasanya hidup sendirian. Balik rumah, tiada suami memicit kaki yang penat. Tiada suami untuk bertukar cerita dan bergelak ketawa. Tiada suami yang akan bertanya kepada kita, bagaimana hari kita hari itu? Tiada bahu untuk mencurah tangis pada malam yang sunyi.

 

 

Nabila mahu Keisha membesar sebagai...

Ahli muzik, pemain piano, pemain biola... ahh, apa-apa saja berkaitan muzik, saya okey!  Kerana sejak kecil itulah skill yang tidak saya miliki. Teringin sekali tengok Keisha pandai bermain muzik.

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim Merindui Anakandanya di Istana…

  • Seterus →

    Siapakah Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah yang Menjadikan Dia Penyanyi Hebat Hingga Hari Ini?