Dec 16, 2016 - 2935
Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram
MELIHAT KEPESATAN DUNIA FESYEN LUAR, BAGAIMANA TIMBANG TARA SAMA DALAM NEGARA SENDIRI?
USAH pandang enteng, Dayang lihat anak muda lokal kita semakin blooming, dalam himpunan itu datang juga barisan-barisan pereka fesyen yang menjanjikan selera fesyen baru dan berani. Adakala Dayang segan mahu bersiap sangat kalau keluar kasual, but looking at the youngsters terus Dayang mahu lebih berfesyen lagi.
Kini semuanya mahu stand out from the crowd. Melihat foto-foto dari acara Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFWRTW2016) membuktikan apa yang Dayang lihat. Teruja juga lihat pereka-pereka baru menghasilkan koleksi sendiri.
DAYANG SENDIRI LEBIH SELESA MENGENAKAN REKAAN RIZALMAN IBRAHIM BERBANDING PEREKA-PEREKA BARU?
Bukan Dayang tidak pernah sarungkan rekaan pereka lain. Cuma Dayang terlalu selesa dan akrab amat untuk sarungkan rekaan Rizalman Ibrahim, kami sangat sefahaman dan tidak punya sebarang clash of taste dalam menentukan gaya. Dayang berbangga apabila dapat menjadi teman Rizalman dan our chemistry sangat menjadi. Dayang will always come back to his designs. Selera fesyennya cukup tersendiri dan cara pemikiran yang out of this world.
Rizalman tidak hanya fikirkan visual semata-mata namun segalanya diambil kira dengan cukup teliti dan kekemasan kerjanya cukup tinggi dan luxe. Everything goes into count, bagaimana busananya dilihat dari bahagian sisi, how the light will hit it dan juga lagu apa yang bakal Dayang persembahkan harus selari dan diselaraskan elok. Halwa mata itu harus cukup right on point tanpa terlalu over the top mahupun terlalu mencuba. Rizalman Ibrahim is effortlessly beautiful.
APA YANG MEMBUATKAN DAYANG SELESA AMAT SAMA REKAAN ARTISAN RIZALMAN IBRAHIM?
Rizalman Ibrahim adalah seorang yang mendambakan kesempurnaan, dalam apa aspek sekalipun yang dilakukan walaupun untuk satu rekaan yang paling simple, he still wants the best and only the best. Kala bikin tempahan bersamanya, Dayang bilang cuma mahu ke mana dan acara apa, pertemuan berikutnya hanyalah kala sesi fitting dan Dayang tidak pernah punya masalah. The final piece yang siap pasti ‘sesuatu’, punya sentuhan signaturenya namun ia jarang benar berulang.
Rizalman Ibrahim is a story teller, cuma bukan menggunakan ink sebaliknya daripada lekuk ropol, kun alur, renda mewah dan segala perihal yang diberikan dalam mencipta sebuah rekaan. Dia fikirkan aspek penting, cara Dayang bergerak misalnya. Kiranya Dayang bisa duduk tanpa mencacatkan rekaan. Padankah busana itu sama lagu yang Dayang mahu persembahkan dan sebagainya. And on top of that he doesn’t skimp out on the finishing, sarungkan satu rekaannya dan orang boleh faham why he is , dia tidak bisa menghampakan.
HUBUNGAN DAYANG SAMA RIZALMAN, BAGAI BERMULA CERITA FESYEN INI?
Dayang kali pertama sarungkan jumpsuit denim Rizalman Ibrahim pada Anugerah Juara Lagu 2001 untuk lagu Bahagia. Mulai saat itu, Dayang berterusan selesa untuk berkarya dengannya.
Kalau mahu dihitung sudah berpuluh helaian yang Rizalman hasilkan untuk Dayang dan semuanya ada cerita tersendiri. Dayang rasa istimewa dan cukup powerful bila sarungkan rekaannya, ia menguatkan keyakinan diri Dayang untuk hadir lebih berani, dan persembahkan yang terbaik untuk semua.
DAYANG PERLUKAN ENTOURAGE/TEAM UNTUK BERIKAN PERSEMBAHAN TERBAIK?
Tentu sekali, Dayang tidak bisa lakukan seorang diri. I need a great team to stand with me dan penting untuk punya a cohesive one. Sebelum naik ke pentas untuk persembahan yang besar, kami akan bicara fasal lagu, hal solekan bersama .
Segalanya harus diberi perhatian. Anugerah Juara Lagu adalah satu contoh bagaimana kami go all out dalam semua aspek persembahan, seni pencahayaan, muzik, penampilan dan segalanya disusun sehabis sempurna.
BILA DI PENTAS UTAMA DAYANG BENAR- BENAR GO ALL OUT, BERBEZA AMAT SAMA DAYANG YANG DIWAWANCARA KALA INI.
Ada perbezaan besar bila Dayang di atas pentas dan di bawah pentas. Dengan busana yang indah, solekan kemilau, aksesori on point, keyakinan diri itu tinggi dan pada pentas ini, dunia kemilau Dayang jadi terang- benderang! Dayang berikan mantra kepada diri sendiri bahawa di atas pentas ini, Dayang berkuasa, this is my stage and no one can take it away from me! Perlu ada sedikit sikap angkuh itu untuk benar-benar bawa keluar rasa diva itu. Neon dinyalakan, mikrofon sudah sedia, it’s my time to shine!
Namun tamat saja persembahan, perasaan angkuh itu harus dilemparkan jauh. Biarkan ia cuma hidup di atas pentas. Setiap satu perkara-perkara kecil memberikan nilai luar biasa pada jiwa kita di pentas. Apabila kita rasa cantik head to toe, kita pasti yakin dan beri persembahan all out! Kalau Dayang tidak rasa 100 peratus cantik, mulalah hilang keyakinan, kerana itulah Dayang perlukan my team aka entourage.
‘LELAKI TERAGUNG’ SEKALI LAGI MELETAKKAN DAYANG PADA LIGA HADAPAN CARTA LAGU KALA INI, KOMEN?
Alhamdulillah, Dayang percaya pada rezeki dan masa. Bermula dengan Bisikan Rinduku, Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah, Langit Cinta dan kini Lelaki Teragung. Peminat banyak beri Dayang kuasa dengan sokongan, itulah rahsia Dayang bawa lagu-lagu ini pergi jauh. Dayang cuba fahami apa yang pendengar mahukan daripada Dayang.
Dulu mungkin Dayang terlalu bereksperimentasi dengan bunyian Dayang, jadi banyak yang mahu dicuba dan diolah trying to find the right sound. Seperti yang Dayang bilang, rezeki dan waktu itu sudah ditulis baik oleh-Nya, we just have to work hard. Mungkin ini waktu untuk Dayang bawa lagu-lagu ini sampai ke Anugerah Juara Lagu dan memenangi Anugerah Vokal Terbaik adalah the icing on the cake for every singer out there.
ADA YANG BILANG LAGU-LAGU INI SAMPAI KERANA CARA NYANYIAN YANG BENAR- BENAR IKHLAS.
Jika itu yang dibilang orang, Dayang bersyukur amat. Diri ini sentiasa mahu cari lagi apa yang boleh dikongsikan dengan pendengar. Mengekalkan kestabilan kerjaya pada kala ini bukanlah sesuatu yang mudah, harus bekerja keras dan fokus pada isu-isu utama. Ketika rakamkan lagu-lagu ini, Dayang tidaklah mengambil daripada pengalaman peribadi untuk menyanyikannya dengan lebih ikhlas, sebaliknya Dayang lagu-lagu ini sebaik boleh, fahami lirik dan lepaskan perasaan itu tanpa dipaksa- paksa.
Pengalaman selama bertahun-tahun ini banyak mengajar Dayang bahawa sometimes less is more dan imperfection itu adalah cantik. Dayang tidak terlalu kawal diri ketika merakamkan lagu dan biarkan ia keluar secara natural tanpa perlunya penambahan vokal yang terlalu melampau-lampau. Kiranya ikhlas adalah komen yang datang daripada lagu-lagu Dayang, maka Dayang cukup berterima kasih. Syukur. cuba fahami
KALAU DIHITUNG, PENYANYI WANITA YANG SAMA LIGA DENGAN DAYANG SUDAH BANYAK YANG SENYAP DAN TIDAK AKTIF MENGELUARKAN SINGLE, PENDAPAT DAYANG?
Dayang tidak rasa layak atau adil untuk menjurikan kerjaya dan perjalanan penyanyi lain kerana tentunya masing-masing ada cita- cita sendiri yang mahu dilunaskan. Buat Dayang, ketika baru bermula dalam industri ini, Dayang berjanji pada diri sendiri untuk tidak menjadi penyanyi one hit wonder ataupun yang cuma menghasilkan sebuah album dan hilang selepas itu kerana menyanyi adalah passion Dayang yang terlalu tinggi.
Kiranya apabila lama tiada persembahan, Dayang mula rasa kosong dan kurang sempurna. Kerana ini cara Dayang hidup, cukup untuk menyanyikan pada penonton yang kecil namun it makes me feel complete, terutama sekali apabila mereka sama- sama menyanyi dan hafal setiap lirik lagu Dayang, I feel so honoured dan rasa disayangi. Tapi Dayang dapat rasakan tahun ini akan mengembalikan beberapa vokalis terbaik ke pentas Juara Lagu. Misha Omar, Jaclyn Victor dan Alyah antaranya punya lagu-lagu menarik.
DAYANG JUGA DINOMINASIKAN UNTUK VOKAL ARTIS TERBAIK WANITA DI ANUGERAH PLANET MUZIK UNTUK LAGU LANGIT CINTA DI SAMPING RAISA (KALI KEDUA), SHEILA MAJID (SINARAN CINTA) YUNA (MATERIAL) DAN ISYANA SARASVATI (KAU ADALAH), TERUJA?
Pencalonan di samping nama-nama hebat yang cukup membanggakan. Sejujurnya, siapa yang tidak mahu menang bukan? Namun untuk melihat nama sendiri setanding bakat-bakat terhebat ini are just simply humbling. Tidak sabar pula tunggu keputusannya nanti, doakan Dayang ya!
WALAUPUN SUDAH MENANG ANUGERAH VOKAL BERTURUT- TURUT, MASIH TIDAK YAKIN?
Jangan pernah terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri, there will always be someone better than us, sebab itu Dayang sentiasa terus belajar dan tidak pernah mahu rasa selesa.
PENTINGKAH SEBUAH ANUGERAH? LEBIH BANYAK BAIK DARIPADA TIDAK?
Anugerah itu tidak punya baik atau buruknya, kita harus terimanya sebagai satu penghargaan dan tanggungjawab yang hadir bersamanya. Contohnya kalau menang anugerah vokal, pressure is there kerana orang akan harapkan lebih daripada kita. Ia beri Dayang drive untuk push through dan kerja dengan lebih keras lagi.
APA LAGI DALAM KALENDAR DAYANG?
Dayang kini fokus pada ‘Lelaki Teragung’, mahu lihat ia mendaki carta-carta lagu. Syukur sudah terpilih peringkat akhir di Anugerah Juara lagu. Dayang juga sedang siapkan album penuh. Moga dapat dipasarkan hujung tahun ini atau awal tahun depan, tidak mahu keluar terburu- buru, harus faham situasi ekonomi dan industri muzik kita yang tidak begitu stabil.
Jadi bila pendengar muzik Dayang keluarkan duit untuk membeli album itu nanti, ia harus berbaloi. Dayang bertuah kerana singles yang dikeluarkan mendapat sambutan cukup membanggakan, namun sebuah album lengkap lebih puas bukan? Doakan yang terbaik.