Jun 18, 2016 - 1
Oleh:
Rozita Che Wan, sebelum dan sesudah menikah semula, tidak pernah salah jika kita labelkan sebagai antara wanita tercantik di Malaysia. Sebagaimana menariknya personaliti dan identiti Che Ta yang terkenal dengan bulu mata palsu melentiknya itu, sebegitu jugalah menariknya kisah raya Che Ta dengan keluarganya di Alor Setar, zaman kecil-kecil dulu. Bersama InTrend, Che Ta kongsi memori lama yang mengusik kalbu...
Puasa dan Hari Raya Aidilfitri zaman anak kecil Che Ta macam mana agaknya? Boleh kongsi?
Huii... bulan puasa dan raya kat rumah kami meriah! Kalau kat Alor Setar tu, kami memang famous, ramai dok ejek kami sekeluarga artis. Che Ta jenis yang wajib bangkit sahur dan nasi sudah semestinya makan, kalau mahu pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka pula, ramai yang suka beri Che Ta dan adik-beradik barangan secara percuma, walaupun kami nak bayar they insist.
Kalau Hari Raya, adik-adik akan bersiap dan pergi beraya rumah jiran-jiran. Apabila dah selesai, masing-masing comot! Che Ta tak suka pergi kumpul duit raya begitu, cara Che Ta, bersiap cantik-cantik lepas tu pergi hantar kuih raya sikit dekat Cina kedai runcit dan driver bas sekolah, masing- masing beri RM10 seorang dah cukuplah.
Che Ta ni dari kecil suka melawa! Darjah satu pergi sekolah dah pakai pantyhose dan ikat rambut senget ala-ala Noorkumalasari, apabila cikgu sekolah bilang kenapa rambut senget, kami teriaklah! Zaman sekolah juga Che Ta suka masuk Ratu Cantik sana sini, hehehe, seronok! Apabila dah besar panjang tiap malam sebelum raya kami duduk di pangkin, ramai-ramai siapkan baju raya. Mak memang pandai jahit. Lepas solat tarawih, kami duduk, tambah manik, batu-batu... bikin baju raya kami grand mengerlip!
Apa yang Che Ta dan keluarga di kampung jamu kalau kami datang beraya?
Kalau hangpa mai rumah kami, ketupat, rendang pasti ada, juga tart nenas. Yang penting kami sekeluarga buat sendiri okey, tak mainlah pi beli kat kedai bawak balik. Kami adik-beradik terperuk di dapur siapkan semua juadah.
Tapi sekarang semua sudah kahwin, sibuk melayan suami masing-masing. Anak-anak Che Ta pulak, mereka tu walaupun dah meningkat umur, masih manja, makan nak bersuap, kalau tidak merajuk tarik muka. Baju raya kami pun sedondon, biaq pi apa orang nak kata, yang penting kami bahagia! Raya tahun ni Che Ta dah siap tempah baju raya, berpuluh-puluh pasang, berwarna-warni! Daripada rekaan Qudyn ada, Calvin Thoo ada, lepas ni nak minta Zery Zamry dan Syaiful Baharim buatkan satu. Baju Raya Jovian ni pun alahai meletop, buat pi singgah rumah sedara-mara makan hati depa!
Tak rindu beraya berdua kembali?
Tak mahulah kami! Dulu masa masih bersuami, setiap kali nak balik raya mesti teriak, gaduh dekat tol sebab nak pilih balik rumah siapa beraya. Lagi seronok raya seorang diri, boleh buat keputusan nak ke mana dan ikut jadual sendiri. Namun sampai sekarang Che Ta masih baik dan rapat dengan ibu dan ayah mentua. Lagipun apabila kita seorang Che Ta boleh bersiap pakai baju apa sahaja, pastikan matching dengan handbag dan baju anak-anak. Kalau biasa bulu mata lebat, untuk raya, kami kasi double, hehehe...
Foto: Instagram
Foto: Instagram
Itu sebabnya ramai minat Che Ta, sampai suami orang pun cair?
Eee... geli kami mendengarnya! Malas Che Ta nak fikir, mereka yang tulis tu kadang-kadang kami tak tahu dari mana datangnya sumber ilham mereka. Ada yang Che Ta tak pernah jumpa pun boleh jadi gosip. Kami ni kerja keras simpan duit siang ke malam untuk hidup selesa, tapi orang bilang kereta BMW, duit semua kami kena taja, macamlah kami ni tak ada projek, tak ada duit dan kerja nak kikis duit orang saja.
Hello? Kami work hard tau? Lagipun orang tahu taste Che Ta macam mana. Buat pa nak cari yang sudah berpunya dan berusia kalau boleh cari everything I like in a 32 year old guy... Ops! Berlawak saja!
Amboi! Che Ta juga mahu “anak” baru bukan?
Ya, kami nak mula projek menjual koleksi bulu mata kami tersendiri, Che Ta nak panggil ia EyeRCW, grand ke tidak? Selain itu kami nak bekerja keras lagi, kumpul duit banyak-banyak dan selesakan kehidupan kami anak beranak dan keluarga. Biarlah selesa dunia dan akhirat. Tak gitu? Oh Kak Ta juga nak ucap Selamat Hari Raya untuk semua peminat dan penyokong Che Ta, marilah beraya rumah kami nanti na...!
Foto: Instagram
Foto: Instagram MINAZ
Foto: Instagram MINAZ
NOTA: Sewaktu temu bual ini dilangsungkan dengan Che Ta sebagai wajah sampul InTrend edisi raya, Ogos 2012, Che Ta masih lagi menjanda.
Benar bagai yang dikata, Che Ta mengotakan janjinya, dia tidak menikahi mana-mana lelaki yang bergelar suami orang. Sebaliknya, Che Ta memilih aktor kacak, Zain Saidin lalu selamat dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor pada bulan Disember 2013. Che Ta menerima sembilan hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek bernilai RM23,200; mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000.