Jul 13, 2016 - 20179
Oleh:
Muda, cantik dan ‘viral’. Namun siapa Mira Filzah sebelum itu?
Mira juga seperti kalian semua, orang biasa- biasa, daripada keluarga yang biasa-biasa. Ayah Mira bernama Badioezaman Abdul Khalik, 52, seorang jurutera, bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR). Ibu pula bernama Faizatul Akmar binti Hisan, 50, telah bersara dari Risda, kini CEO di Yayasan Risda. Kedua-duanya masih kuat bekerja, masih sihat, alhamdulillah.
Mira anak kedua daripada tiga adik-beradik (semua perempuan), Along (Nur Ain Farhana) berusia 25 tahun, kini berkhidmat di Bank Negara dan adik Mira, Aina (Nur Aina Fadhilah), kini menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Perwatakan semasa kecil?
Pemalu, lembut, tapi ada kalanya datang juga perangai nakal macam budak-budak lain, haha. Kesukaan Mira semasa kecil, adalah naik ke pentas dan membuat persembahan. Namakan apa saja cabang kegiatan seni zaman sekolah (Sekolah Kebangsaan Ampang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur) — berlakon, menyanyi, berdansa, koir, berpuisi, berpentomin, pendek kata — okey-okey aja. Tiada masalah Mira berekspresi di depan ratusan audiens.
Bercakap fasal pendidikan pula, Mira anggap diri Mira yang paling relaks antara tiga beradik. Along itu misalnya, aduh, dia tu pandaaaai sangat! Along budak straight As, jauh lebih pintar. Maka tak hairan mengapa dia dilamar sebagai pemegang biasiswa Bank Negara. Begitu juga dengan adik bongsu, keputusan peperiksaannya pun bukan calang-calang.
Cuma pegangan Mira berbeda sedikit. Sewaktu di kampus dulu misalannya, insya-Allah, kalau Mira lebih serius dan tambah sedikit tekanan pada diri, four flat itu boleh saja dalam genggaman. Tapi apabila Mira dapat pointer 3.5, Mira selalu beritahu pada diri sendiri, hmmph... cukup- cukuplah tu, dah okeylah tu, hahaha.
Mira dulu pun dapat straight As dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). SPM pula dapatlah 8A 2B, tapi macam yang Mira sebut tadi, Mira lebih relaks, Mira tak punya sasaran tinggi melangit atau strategi belajar luar biasa untuk dapatkan keputusan peperiksaan yang luar biasa juga.
Beginilah ragam kami adik-beradik. Kami adalah kain putih yang dicorakkan oleh ibu bapa yang amat menitikberatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah. Proses kedewasaan berorientasikan akademik ini sedikit sebanyak mengacu formasi-formasi pemikiran kami apabila kami melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi dan memasuki pasaran kerja sebenar. Siapa Mira di sekolah, adalah siapa Mira hari ini.
Rezeki itu bagai disusun-susun, kak. Habis sahaja tesis, datang pula tawaran untuk berlakon drama ‘Cinta Si Wedding Planner’. Ternyata ini kunci pembuka jalan pada karier seni Mira. Ini drama pertama, pemberi kepercayaan kepada Mira menjadi aktres utama.
Apa yang telah Allah SWT aturkan itu, ahhh... just nice, just right, syukur alhamdulillah. Mira anggap rezeki bagai jatuh dari langit apabila diberitahu akan diganding bersama aktor popular, Adi Putra. Kami dipertemukan dalam drama ini atas misi berbeza. Saya dengan impian mahu mencari tapak. Adi Putra pula dengan hasrat buat come back setelah drama terakhirnya berjudul ‘Zahira’ mengisi slot Samarinda TV3.
Sumber:
Sebab Mira lebih relaks berbanding Along dan Aina, maka Mira pilih untuk lari daripada keterikatan kerja nine-to-five. Mira pilih untuk berlakon! Ya, Mira seronok dengan jalan yang Mira pilih ini. Tiada sesal pun. Karier lakonan Mira bermula dengan episod-episod drama pendek lima minit tajaan Sunsilk. Kebetulan, editor sebuah majalah fesyen hijab mengusulkan nama Mira. Kiranya dialah yang telah membuka jalan.
Selesai shooting, Mira meneruskan pengajian seperti biasa, kerana Mira sekadar mahu mencuba. Itu saja. Sewaktu langsaikan tahun akhir degree, Mira berkesempatan berlakon drama ‘Eksperimen Cinta’ pula. Apabila Mira lihat jadual shooting, hati Mira berbisik, hmmm... Okey juga ni? Sempat lagi ni. Mesti boleh. Kenapa aku tak cuba?
Jujur Mira rasa seronok ambil peluang itu. Tapi emak risau.
“Belajar tinggi-tinggi, kan lagi baik jadi PTD???”
Emak berleter. Err, separuh marah sebenarnya.
Tapi macam yang Mira sebut tadi, Mira tak suka terperap di pejabat, that’s just not my thing.
Mira menang Anugerah Artis Baru MeleTOP dan Anugerah Artis Baru Wanita Popular dalam ABP ke-29 baru-baru ini. Adakah ini era kebangkitan industri yang diungguli Mira Filzah? Apa ada pada Mira Filzah sehingga menumpaskan populariti banyak artis mapan lain? Komen sikit?
Haha, kenapa agaknya ya? (ketawa). Barangkali, kerana Mira tidak seperti kebanyakan artis lain. Majoriti bertapak lalu transform perlahan-lahan dari platform artis. Mira pula bermula sebagai model, dari situ Mira sudah mula mengumpul followers sedikit-sedikit. Terkemudiannya, Mira jadi blogger, mengerjakan blog mirarafilzah.blogspot.com yang agak aktif (pada waktu itu). Terkemudiannya lagi, berjinak jadi instafamous. Malah, sebelum Mira muncul di kaca TV untuk slot Akasia drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ pun, Mira sudah kumpul 300 ribu followers.
Boleh kami simpulkan Mira ini adalah generasi blogger selebriti selepas Hanis Zalikha?
Kesamaan dengan Hanis Zalikha, mungkin ada, kerana kami sama-sama mengukuhkan asas di atas platform online sebagai blogger. Cuma yang Mira dapat kesan di sini adalah tuah industri ini datang tiba-tiba, bagai bulan jatuh ke riba. Contohnya, watak sebagai pegawai JPJ yang Mira perankan dalam telemovie sebelum ini, tak fasal-fasal buat Mira tiba-tiba jadi viral. Kerana foto beruniform JPJ, Mira terus dipanggil “Awek JPJ”. Ke mana saja Mira pergi, semua pasti menegur.
Selebriti wanita hari ini bukan sahaja perlukan pakej bakat dan cantik untuk diterima secara skala besar. Tetapi seakan menjadi trend, artis-artis wanita yang bukan saja rupawan, tetapi BERHIJAB — lebih mudah menambat hati industri. Mira setuju atau tidak?
Masyarakat hari ini kian pintar menimbang-tara, apa yang baik dan apa yang tidak baik, apa yang dipanggil syariat Islam, apa pula yang membelakangi agama. Semua orang mahu deria penglihatan mereka dijamu benda-benda elok, yang baik, yang tidak menjolok mata, yang boleh dijadikan ikon. Bagi Mira, isunya di sini adalah hati, adab dan sahsiah. Jika berhijab sekalipun tetapi pakaian pekerti tak selari dengan pakaian fizikal, tak malukah kita? Ini bukan soal berhijab atau tidak. Ini soal keperibadian. Yang penting, berlaku jujur pada diri sendiri, jadilah manusia terbaik dan hamba-Nya yang taat. Tak perlu berpura, because your true self is who you are when no one else is looking.
Selebriti hijab pilihan Mira Filzah?
Mira mengagumi Neelofa. Neelofa adalah suri teladan yang sangat-sangat relevan dekad ini. Bagi Mira, dia cantik bukan kerana paras rupa. Bukan kerana sepasang matanya yang tajam memikat atau trend urban hijab yang dianjurnya. Tetapi kerana kebijakannya. Kerana kecerdikannya melebarluaskan empayar niaga. Neelofa punya aura hebat, sekuat tarikan besi berani. Dia entrepreneurial strategist yang tersangat pintar. Mira ingin meneladani segala yang baik-baik daripada Neelofa.