Aug 13, 2016 - 25174
Oleh:
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Ceritakan serba sedikit sejarah hidup Zain Saidin semasa kecil?
Saya anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Anak kacukan; ayah saya berbangsa Melayu manakala ibu saya berdarah Inggeris, kedua-duanya terpaut hati waktu bertemu di England. Ibu seorang guru, ayah akauntan bank. Ya, anda boleh kata saya ini Mat Saleh celup tetapi jiwa saya tetap Melayu dan saya juga pandai makan sambal belacan dan tempe, haha.
Berbanding adik-beradik lain, saya boleh dianggap yang paling manja, nakal pun ya juga. Saya bertuah kerana semasa kecil telah didedahkan pada tiga dunia persekolahan berbeza. Saya pernah bersekolah di sekolah kerajaan (Bandar Baru Seri Petaling), ke sekolah antarabangsa (Garden International School) dan sekolah persendirian (Sekolah Sri Inai). Pergaulan saya dibancuh pelbagai ras dan budaya.
Sumber:
Sumber: &
Apakah nilai hidup daripada ibu dan bapa Zain, yang telah dan akan Zain guna pakai sebagai rujukan apabila mendidik Aaisyah Dhia Rana?
Lelaki yang bertanggungjawab harus sentiasa ke hadapan untuk menyara keluarganya. Dia perlu jadi a good provider buat familinya. Dia perlu sentiasa ada, masa susah masa senang. Dia tak malu menunjukkan sayang dengan nyata. Tak perlu sembunyi-sembunyi atau menyorok. Dia juga perlu jauh daripada sifat pembohong. Bahkan perlu selalu berterus-terang dengan pasangan dan anak-anak.
Tapi saya lihat orang kita cenderung dan selesa hidup dalam banyak lapis. Berlapik-lapik kata orang. Kerana taboo, kerana malu, segan, menjaga hati; semuanya tak disuarakan. Ini berbeza dengan cara ibu asuh saya sejak kecil.
Sumber:
Mungkin faktor ibu orang Inggeris, maka saya dididik supaya sentiasa amalkan keterbukaan. Ibu tak pernah membohongi. Atau mereka-reka cerita untuk buat saya faham tentang sesuatu isu. Pendirian ibu, anak harus diberi pendedahan tentang fakta hidup, dengan jelas.
Contohnya, waktu saya dalam darjah tiga, ibu sudah terangkan kepada saya, apa fungsi penis? Ke mana penis itu akan pergi suatu hari nanti? Bagaimana menjaganya dengan penuh hormat dan bermaruah? Apakah juga akibat-akibatnya jika penis tidak dijaga dengan baik?
Bagi banyak orang, memang satu taboo kalau kita membincangkan hal-hal seks dan organ reproduksi manusia dengan kanak-kanak. Dikatakan lucah, tak sesuai, belum masanya lagi.
Tapi pada hemat saya, pendedahan awal ibu menjadikan saya anak kecil yang tak melatah, tak culture shock kata orang. Kerana telah diberitahu sejak awal, maka we don’t do funny things when we are older. Kita belajar daripada kesilapan. Kerana itu kita jangan takut membuat silap. Daripada kesilapan itu, kita belajar jadi manusia lebih baik.
Sumber foto: Instagram
Sumber:
Sebagai bapa, saya mahu Aaisyah Dhia Rana membesar sebagai street smart. Saya tak mahu dia cuma jadi ulat buku 24/7. A college degree may help her to open a door to a better job, betul, saya setuju. But street smarts are what allow you to succeed once you walk through that door. Aaisyah perlu faham ini. Sijil peperiksaan bukan segala-galanya.
Moga Aaisyah jadi seorang street smart, pintar baca masa depan, bijak mengurus cabaran sezamannya. Kita perlu tinggalkan buku buat seketika. Kita perlu keluar dari kamar belajar, dan lalui sendiri pengalaman itu. Lihat apa yang bagus, dan apa yang tak realistik untuk kita.
Sumber foto: Instagram
Bagaimana jatuh cinta sama Che Ta?
Saya kenali Che Tan waktu kami berlakon bersama dalam drama bersiri, "Kiah Pekasam" yang disiarkan di saluran Astro Warna (132). Jujur, saya hanya kenal dia sebagai artis. Semua kenangan ini bermula kira-kira lima tahun lalu. Che Ta, orangnya bukan sahaja cantik, tapi merendah diri. Baik budi pekerti, tak ‘drama’, kelakar, menyayangi keluarga, bersemangat, senang didampingi.
Saya memang bersungguh. Simpan tekad mahu menangi hati Che Ta. Sebelum saya berani buka mulut mengesahkan perhubungan kami, memang banyak nama lelaki lain tersangkut sama nama Che Ta.
Ada masa, rasa macam terluka juga. Tapi saya selalu ingatkan diri, inilah harga yang harus dibayar apabila menjalin hubungan dengan wanita sepopular Che Ta.
Sumber foto: Instagram
Perubahan dalam hidup yang dibawa pasangan Zain?
Kalau dulu, masa bujang, kita berfikir macam orang bujanglah. Hala tuju hidup ini, kita kayuh sendiri-sendirilah. Tapi sekarang, status sebagai suami kepada wanita sehebat Che Ta, dorong saya untuk perbaiki taraf hidup. Kini saya lebih waspada dalam tindak-tanduk. Lebih fokus, peka, prihatin dan tenang. Yang terpenting, saya sentiasa ingatkan diri agar menjadi a good provider buat Che Ta dan famili.
Sumber:
Maaf bertanya, tetapi berkali-kali Zain menegaskan peri pentingnya menjadi a good provider buat famili. Mengapa kriteria itu begitu penting buat Zain? Seperti ada kebimbangan Zain tidak cukup memberi?
Lihat zaman sekarang, duit sangat penting untuk melengkapkan hidup hari ini. Dulu-dulu, budak-budak boleh saja terhibur dan bermain dengan kayu-kayu. Boleh pungut upih pinang, pungut batu buat main batu seremban, betul tak?
Zaman sekarang, budak-budak kita bermain tablet, berkawan dengan iPad. Kos sara hidup sudah jauh meningkat. Harga pendidikan tinggi. Untuk anak kita memperolehi lebih banyak kemahiran dan cabang ilmu, kita harus sediakan duit lebih, hantar ke kelas tuisyen, bawa tenaga pengajar persendirian ke rumah, ya macam-macam lagi. It's a whole new ball game.
Kerana itu saya katakan, peranan bapa hari ini lebih besar skopnya. Harus belajar jadi pemberi yang cukup. Dalam konteks saya dan Che Ta sendiri, alhamdulillah — selama hidup menyendiri — dia mampu hidup selesa dan memberi makan-pakai serta pendidikan secukupnya, buat anak-anaknya. Hadirnya saya mengambil tanggungjawab ini, adalah satu hijrah hidup yang besar.
Ini bukan perkara main-main.
Sumber:
Pendirian yang Zain guna pakai apabila jadi suami kepada wanita paling popular, paling cantik, juga boleh dikatakan sebagai antara paling kontroversi di Malaysia?
Yang penting, kami jaga maruah diri masing-masing. Perkataan ‘populariti’ ini hanya valid dalam konteks hidup kami sebagai artis. Ya, Che Ta memang popular dalam kalangan orang kita. Tua muda idolakan Che Ta. Saya pula lebih mesra dalam kalangan kanak-kanak dan peminat drama Oh My English! Tapi, jujurnya, saya masih lelaki biasa. Dan Che Ta, dia hanyalah wanita biasa. Kami saling melengkapkan peranan kami sebagai suami dan isteri.
Di rumah, saya adalah Zain Saidin, suami kepada Che Tha dan tiga anak-anaknya. Saya tak embil endah apa orang tulis tentang Che Ta. Itu pendirian saya sejak dulu lagi. Saya faham, setiap berita tentang Che Ta akan ‘jual’. Dia milik masyarakat. Tapi, selagi kami berpegang kuat pada prinsip hormat dan saling percaya, insya-Allah, cinta ini pasti baik-baik belaka.
Sumber:
Sukarkah menjadi suami kepada Rozita Che Wan?
Tak susahlah. Saya sedar banyak mata perhati. Buat andaian bahawa Che Ta pasti ‘isteri’ yang sukar disara. Che Ta ‘mahal’. Che Ta cerewet. Che Ta memilih-milih.
Jika ini andaian anda, anda silap. Hatinya mulia. Jiwanya pemurah. Sifatnya sentiasa memberi dan berbahagi. Keluarga sentiasa didahului. Satu perkara harus saya puji, dia kuat bekerja. Tak suka menyusahkan orang lain. Apa jua dia mahu — tas tangan mahal, baju baru penuh almari — semuanya hasil titik peluh sendiri. Che Ta boleh saja meminta-minta kepada saya. Tapi kerana hatinya kuat, dan dia sendiri dah biasa bekerja kuat — maka semua dilunasnya sendiri.
Tak juga bermakna saya ambil mudah hal ini. Seperti yang saya katakan tadi, saya masih dan akan terus belajar menjadi a good provider buat Che Ta dan famili. Tanggungjawab saya, pastikan dia dapat secukupnya sebagaimana yang telah dia nikmati sepanjang hidup sebagai wanita solo — lebih baik malah.
Momen Aaisyah Dhia Rana muncul dalam hidup kalian berdua?
Saya rasa semua peminat, bahkan satu industri memang menunggu berita ini, haha! Saya sendiri tak perasan akan tanda-tanda awal kehamilan, sehinggalah pembantu kami menegur, “Kenapa dalam masa dua minggu ni, Che Ta makan banyak?? Lebih banyak daripada biasa?”
Saya ke farmasi membeli alat ujian kehamilan. Positif!
Sumber:
Reaksi Zain apabila terima berita Che Ta hamil?
Susulan itu kami ke Prince Court pula untuk mengesahkan keputusan kehamilan. Sahihnya berita kehamilan Che Ta boleh saya katakan sebagai hadiah hari jadi terbesar yang pernah saya terima. Tanggal 1 November 2014, di Pusat Perubatan Ampang Puteri, alhamdullilah, gelar bapa itu mutlak buat saya. Perasaan saya bercampur-baur. Saya bangga dengan Che Ta, sebab di dalam bilik bersalin itu, dia sangat steady. Dia sangat tenang dan relaks. Saya yang gementar bergemuruh!
Dia bersemangat. Tak takut. Tak putus asa. Mula-mula, saya ingat nak duduk di sebelahnya saja. Tak mahu tengok... takut kot-kot pengsan, kan? Hahaha.
Tapi apabila terlihat rambut dan kepala baby keluar, saya menangis!
Sumber foto: Instagram
Adakah ini bermakna baby baru dalam pembikinan bakal ada daripada Zain dan Che Ta?
Andai diizin Tuhan, saya mahu seorang lagi. Hmmm, kena discuss dengan Che Ta ni, haha...
Sumber: