Mar 24, 2015 - 255

Kumpulan Payslip Anak Muda Beri Cabaran Buat Band Dewasa

Buat pertama kalinya Payslip telah melancarkan album mereka yang bertajuk “Payslip” secara eksklusif di Spotify.

Kumpulan Payslip membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun yang dianggotai oleh Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass, Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum. Pada tanggal 27 Oktober 2014 yang lalu, buat pertama kalinya Payslip telah melancarkan album mereka yang bertajuk “Payslip” secara eksklusif di Spotify. 

Payslip-Album-Cover.jpg
Album yang diberi nama “Payslip” ini mempunyai 5 buah lagu iaitu, Super Hero, Syurga Sang Pencinta, Mengambil Alih, Gergasi Hijau, dan juga Biasa Saja. Mutu suara bukanlah taruhan utama kumpulan ini malah teknik olahan muzik boleh dikatakan usaha anak muda yang patut diberi tepukan. Mungkin Suara pucuk muda ini masih tercari-cari identiti sebenar genre muzik mereka. 
 
Teringat ketika awalan kemunculan band kanak –kanak seperti kumpulan Exist, New Boys dan lain-lain mereka miliki aura suara unik yang  kini menjadi “trendmark” yang mampu kekal di lubuk sanubari peminat sehingga sekarang. Ternyata Direction kumpulan ini berbeza, berdiri sebagai satu kumpulan merupakan rencah enak dalam menghasilkan muzik harmoni seperti single “Generasi hijau”. Sekali mendengar single ini ternyata ini adalah olahan muzik sebenar kumpulan ini refleks terhadap imej muda mudi mereka. 

Khas buat pencinta muzik tanah air yang tentunya mendambakan kelainan, terimalah sebuah kumpulan anak-anak muda yang pasti akan menyinari dunia seni tanah air.
 
 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    Gaun 20 kaki JLo Curi Tumpuan, Bertukar Menjadi Paparan Skrin

  • Seterus →

    Kumpulan Payslip Anak Muda Beri Cabaran Buat Band Dewasa