Mar 31, 2015 - 171

Ini Sebab kenapa Norjuma Selalu Pergi ke Brunei?

Saya sendiri yang berada di situ mengakui betapa terujanya rakyat Brunei menyambut kedatangan Norjuma...

OLEH : Afiza Kamarulzaman
Sebaik menerima jemputan daripada Colors Blossom Sdn. Bhd. yang mahu membawa InTrend bersama menjadi saksi perlancaran butik baru Blossom Box Store dan Aidijuma di Brunei, saya tersenyum senang. Yang pertamanya kerana jarang-jarang sekali mendapat tugasan kerja ke negara seperti Brunei dan keduanya, sudah tentu saya bangga adanya sebuah label tempatan yang menembusi pasaran luar negara.
dscwscwe.jpg
Betapa bagi saya, pemiliknya, begitu arif mengenai pasaran yang memberi pulangan yang baik. Blossom Box Store dan Aidijuma memberanikan diri melangkah ke Brunei dengan membuka butik mereka di The Mall Gadong bertempat di Hotel Rizqun. Menurut Ketua Pegawai Operasi Colors Blossom Sdn. Bhd., Jezmine Zaidan, antara matlamat utama mereka membuka butiknya di sini selain daripada melebarkan lagi sayap pasaran, Blossom Box Store dan Aidijuma juga ingin memberi peluang kepada wanita di Brunei mewarnai gerobok fesyen mereka dengan variasi gaya yang lain daripada yang lain.

Sebelum ini pun, Blossom Box Store dan Aidijuma sudah mempunyai pengikut dari Brunei, namun pembelian mereka agak terhad lantaran hanya mampu membeli apabila turun ke Malaysia dan menerusi pembelian dalam talian. Dengan adanya butik ini terus di sini, diharapkan ia memudahkan peminat label mereka di Brunei untuk menjengah setiap keluaran trend baru mereka setiap kali dilancarkan koleksi terkini.
dscwe.jpg
Menurut Pengarah Urusannya pula, Norjuma Habib Mohamad, kedatangan mereka ke sini juga bukan untuk memberi saingan kepada label fesyen sedia ada, sebaliknya memeriahkan lagi industri fesyen di sini di samping memberi pilihan yang lebih kepada wanita Brunei. Tambahnya lagi, harga yang diletakkan untuk produk mereka di sini juga selaras dengan di Malaysia. Ia memudahkan kelancaran urusan untuk semua peminat labenya, baik di Brunei mahupun Malaysia.

Majlis pelancaran santai yang diadakan tempoh hari menyaksikan butik ini dibanjiri ratusan pembeli dan peminat Blossom Box Store dan Aidijuma yang mahu menjadi antara yang terawal menjejaki dan membeli koleksi mereka. Saya sendiri yang berada di situ mengakui betapa terujanya rakyat Brunei menyambut kedatangan kedua-dua label ini ke Negara mereka. Malah, boleh dikatakan setiap pengujung hari itu, masing-masing tidak keluar dari butik dengan tangan kosong. Ada segelintirnya memborong lebih daripada lima ke tujuh item untuk dijadikan koleksi peribadi.
 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    Gaya OOTD Jenama Monki, Hashtag Dan Dapat Diskaun 10%

  • Seterus →

    Ini Sebab kenapa Norjuma Selalu Pergi ke Brunei?