Feb 01, 2017 - 2252
Oleh: Afiza Kamrulzaman

Langkah 1
Letakkan selendang panjang dan pendek. Kelepetkan di sisi tepi pipi.

Langkah 2
Silangkan ke bahagian betentangan dan pinkan di anak tudung tepi telinga.

Langkah 3
Litupkannya dengan selendang bahagian satu lagi dan pinkan di atas tudung tadi.

Langkah 4
Bawakan hujung selendang itu ke bahagian bertentangan langsung ke belakang.

Langkah 5
Selepas menyilang ke belakang leher dan kembali ke bahu, pinkannya.

Langkah 6
Pakaikan rantai di atas selendang mengikut cita rasa kamu.
