Feb 07, 2017 - 1076
Oleh: Afiza Kamrulzaman

Langkah 1
Kelepetkan sedikit bahagian atas selendang. Pinkan di belakang leher.

Langkah 2
Silangkan bahagian selendang yang telah dipin di belakang tadi.

Langkah 3
Bahagian renda ditarik ke depan dan disinggahkan pada sisi wajah. Pinkannya di bahagian kiri.

Langkah 4
Lakukan silangan yang sama di bahagian bertentangan. Pinkan di tepi kepala kanan.

Langkah 5
Bawahkan bahagian lebih melilit ke belakang dan tarik ke bahu bertentangan.

Langkah 6
Lebarkan tudung dan bawa bahagian renda naik ke atas kepala menutupi atas dahi.
