Dec 19, 2014 - 69

SATIN Silk Material yang memberikan ilusi cantik beralun licin dengan susunan bertingkat di sisi wajah. Kali ini InTrend mendekati meterial tudung ini untukpanduan anda dalam mengayakan nya dengan caya yang lebih santai dan kasual.
Langkah 1
Pakai selendang, lebihkan panjang di satu bahagian. Pinkan di lipatan tudung tepi wajah.
Langkah 2
Tarik selendang panjang menutupi bawah wajah dan pinkan di tepi wajah kiri.
Langkah 3
Lebihan bawah selendang dipin di bahu. Tarik yang pendek ke atasnya.
Langkah 4
Susun bertingkat selendang pendek tadi di tepi wajah dan selitkan di celah tudung.
Langkah 5
Kemaskan kedudukannya dengan sematan pin di atas kepala.
Langkah 6
Sudahkan kemasan selendang panjang dengan membawanya ke belakang dan pinkan.
PENYELARAS Afiza Kamarulzaman
SOLEKAN Tiar Zainal
TUDUNG Mayrahkee By Tiar Zainal