May 17, 2017 - 8193
Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Instagram
PENYANYI terkenal negara, Dato’ Siti Nurhaliza mengembalikan nostalgia dan memori indah gaya bintang legenda tersohor, Allahyarham Puan Sri Saloma bagi koleksi istimewa jenama fesyennya, sempena Aidilfitri tahun ini.
Koleksi Anugerah Aidilfitri by Creación 2017 ini menampilkan rekaan busana eksklusif yang bertemakan Nostalgia. Terdapat 40 rekaan daripada The Nostalgia Series dan 15 rekaan daripada The Premium Series. Menariknya koleksi baju raya Creación by SITI NURHALIZA pada kali ini, ia hadir dengan koleksi cetakan eksklusif yang diinspirasikan daripada motif floral serta bancuhan rona-rona pastel.
Koleksi The Nostalgia Series sudah pun berada di pasaran pada 10 Mei lalu dan dijual dengan harga RM189 hingga RM300. Manakala The Premium Series akan mula berada di pasaran menjelang Ramadan nanti yang harganya bermula dari RM500.
Kesemua koleksi Anugerah Aidilfitri by Creación 2017 ini didatangkan dari saiz XS hingga 4XL. Jadi wanita bersaiz 'plus' boleh memiliki koleksi ini. Bagi yang berminat untuk melihat sendiri koleksi ini, ia boleh didapati di butik Creación yang terletak di Jakel Mall Kuala Lumpur serta tiga cawangan baru di Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru.
InTrend bawakan 15 Koleksi Anugerah Aidilfitri by Creación yang pasti memikat hati wanita apabila melihatnya.

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto : Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto: Instagram &

Kredit foto : Instagram &