May 18, 2017 - 4296
Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Instagram
MENCARI koleksi baju raya yang minimalis, yang cantik namun dalam masa sama tidak terlalu disarati perincian-perincian yang banyak atau berlebih-lebihan? Koleksi Spectrum Raya 2017 daripada Nur Fazura adalah pilihan yang tepat.
Berlainan daripada koleksi sebelum ini, koleksi Spectrum Raya 2017 ini diinspirasi daripada warna-warna pelangi serta diberi sedikit sentuhan ‘glitters’ pada setiap helaian ini.
Istimewanya koleksi Spectrum Raya 2017 ini, setiap helaian busana ini disulami dengan perincian yang minimalis seperti manik dan bunga timbul pada bahagian dada baju. Potongan yang moden dan tidak terlalu ketat pastinya memberi keselesaan pada si pemakai.
Buat wanita yang mahukan baju raya rona terang dan minimalis, koleksi raya daripada NUR FAZURA - Spectrum Raya 2017 pasti menepati cita rasa anda.
InTrend bawakan 9 helai busana baru raya koleksi SPECTRUM RAYA 2017 daripada NUR FAZURA.

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram

Kredit foto: Instagram