Nov 02, 2016 - 21298

Lihat! Gaya Aaisyah Anak Che Ta Bikin Ibu-ibu Teringin 'Baby Girl' (Lagi!)

Imej yang dibentuk menjadikan dia 'style icon' saiz mini di Malaysia!

 

 



 

 

AAISYAH Dhia Rana, satu-satunya anak perempuan selebriti jelita tanahair, Rozita Che Wan, nampaknya benar-benar menjadi buah hati pengarang jantung ibu bapanya. Lebih menarik, kesukaan Che Ta membega dan merias Aaisyah lengkap top to toe nampaknya meraih perhatian netizen.


Floral chic, smart casual, mini haute couture, folklore style, rockstar style mahupun kurung moden peplum, namakan apa saja. Semua ini telah diatur Che Ta. Nampaknya tiada satu pun yang gagal dibawa oleh Aaisyah... dengan cantik, bergaya dan TERSANGATLAH COMEL! 



Jom InTrenders, kita lihat 12 gaya très chic terbaik Aaisyah Dhia Rana yang menjadi pilihan InTrend. 



 


 


 


 


 


 

 

 


5 PANDUAN MENGGAYAKAN 'BABY GIRL'

TIPS 1 Bermain Dengan Corak

Pattern mixing memang sangat fun untuk dicuba pada baby (tidak kira lelaki atau perempuan). Kuncinya, keep it simple dan bermainlah dengan corak daripada famili yang sama. 
 

TIPS 2 'Go Big'

Apabila membeli-belah pakaian untuk si kecil, sebaik-baiknya dapatkan slim cuts dengan satu saiz lebih besar daripada saiz yang sedang dipakai si cilik. Contoh, jika anda membeli sundress untuk dipakai hari ini, setahun dari sekarang ia masih boleh dipakai kerana dikitar semula menjadi tank top. Jimat bukan?
 

TIPS 3 Jangan Kedekut Melabur Untuk Aksesori 

Who says accessories are only for grown-ups? Aksesori memberi impak serta-merta yang sangat besar pada penampilan total. Lihat bagaimana Aaisyah Dhia Rana memakai korsaj besar di rambutnya. People always love to ooh and ahh over mini accessories. Tak percaya? Dapatkan skarf, cekak rambut, korsaj, topi atau tali pinggang. Pakaikan pada 'mini-me' anda. 
 

TIPS 4 'Repurpose' 

Kadang-kadang memang sukar untuk memperolehi fashion item yang benar-benar sepadan dengan si comel anda. Sama ada ia terlalu besar, gedoboh, londeh dan sebagainya. Kata kuncinya di sini, adalah 'repurpose'. Contoh, jika anda tidak dapat tali pinggang yang sesuai atau sepadan dengan saiz si comel, jadi kreatif. Gunakan headband untuk digayakan sebagai tali pinggang. Mudah kan?
 

TIPS 5 Tukarkan Helaian 'Basic' Menjadi Aksesori

Ada masanya para ibu menghadapi dilema kerana tidak pasti, adakah dia patut berbelanja untuk helaian-helaian asas, atau memilih yang bersifat aksesori (bermaksud, yang tidak berapa perlu atau berkepentingan). Anda boleh ubah isu stereotaip ini pada sesuatu yang fun. Contoh, jika membeli stoking si kecil, belilah yang dapat memberikan statement gaya. Pilih corak belang-belang multiwarna, motif bunga, bintik polka, warna neon dan sebagainya. 


 


 


 


 


 


 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    10 Tips Pilih Gaun Pengantin — Hasilnya Foto Kahwin Anda Tetap Klasik 20 Tahun Dari Sekarang

  • Seterus →

    12 #OOTD ‘Travel’ Selebriti Malaysia yang Anda Mesti Lihat Untuk Dapat Inspirasi!