Dec 26, 2014 - 47

Hikmah Di Sebalik Musibah

Banjir yang melanda bahagian pantai timur Malaysia sememangnya memberi satu impak yang mendalam dalam memori duka.

Dalam asyik ramai yang mengira detik penghujung tahun 2014 Malaysia di timpa satu lagi musibah yang pasti memetik rasa duka bagi mereka yang mengalaminya. Banjir yang melanda bahagian pantai timur Malaysia sememangnya memberi satu impak yang mendalam dalam memori duka. Apakan daya, hanya doa dari seluruh warga editorial dan InTrenders tercinta agar beban yang di tanggung mereka di balas dengan ganjaran yang hebat kelak. Amin.
o-WOMAN-CRYING-CLOSE-UP-facebook.jpg
SABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH
Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk  mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun) ketika berlaku musibah.
Allah SWT berfirman:

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.” (Surah Al-Baqarah 2:
Bersabarlah, Jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan.

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
Seseorang yang mengetahui hikmah di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa.

Sabda Rasulullah SAW: “Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatan kuat kepada mangsa banjir akan kami sematkan dalam doa di iringi kata semangat agar terus tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran mendatang

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    Lelaki lambat Kahwin, Ada Masalah? | Oleh : Faisal Tehrani

  • Seterus →

    Hikmah Di Sebalik Musibah